PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA PERINGKAT PERTAMA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2022

SEMINAR SALAH LAKU PROFESIONAL (PERUNDING) BERDASARKAN UNDANG-UNDANG
31 March 2022
HAK PEMILIKAN PATEN BAGI PRODUK INOVASI IMPROVED ROAD STUD
11 April 2022
Show all

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA PERINGKAT PERTAMA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2022

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA PERINGKAT PERTAMA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengesahan Permohonan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 telah bersidang dan mengesahkan calon-calon yang berjaya peringkat pertama seterusnya layak untuk menghadiri sesi temuduga. Senarai calon yang berjaya adalah seperti berikut:

1. Senarai Nama Permohonan Berjaya Peringkat Pertama

Sehubungan dengan itu calon–calon yang berjaya pada peringkat pertama adalah  DIWAJIBKANuntuk menyediakan  LAPORAN PENGALAMAN   dan  LAPORAN TEKNIKAL  sebanyak tiga (3) salinan dalam bentuk dokumen bercetak (hardcopy) dan satu (1) salinan lembut (softcopy) dalam format PDF seperti contoh format di bawah:

2. Format Laporan Pengalaman (semua kompetensi)
3. Format Laporan Teknikal (Kompetensi Awam, Mekanikal dan Elektrik)
4. Format Laporan Teknikal (Kompetensi Arkitek)
5. Format Laporan Teknikal (Kompetensi Ukur Bahan)
6. Format Laporan Teknikal (Kompetensi BIM)
7. Format Laporan Teknikal (Alam Sekitar)
8. Format Laporan Teknikal (Kompetensi Pengurusan Aset dan Fasiliti)

Pengemukaan dokumen bercetak (harcopy) hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut;

1. Tiga (3) salinan asal  LAPORAN PENGALAMAN berserta Borang Deklarasi yang lengkap dengan tandatangan dan cop rasmi YANG ASLI oleh pemohon, Pemilik Kompetensi dan Ketua Jabatan. Tandatangan dan cop rasmi secara imbasan (scanned) bagi pengemukaan dokumen bercetak (hardcopy) adalah  TIDAK DIBENARKAN  sama sekali;
2. Tiga (3) salinan asal  LAPORAN TEKNIKAL berserta Borang Deklarasi yang lengkap dengan tandatangan dan cop rasmi YANG ASLI  oleh pemohon, Pemilik Kompetensi dan Ketua Jabatan. Tandatangan dan cop rasmi secara imbasan (scanned) bagi pengemukaan dokumen bercetak (hardcopy) adalah  TIDAK DIBENARKAN  sama sekali;

Manakala, pengemukaan salinan lembut (softcopy) hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut;

1. Satu (1) salinan LAPORAN PENGALAMAN  berserta Borang Deklarasi yang lengkap dengan tandatangan dan cop rasmi oleh pemohon / Pemilik Kompetensi / Ketua Jabatan. Salinan imbasan ini hendaklah sama dengan borang asal yang dikemukakan secara bercetak;
2.  (dalam format PDF); dan
3. Satu (1) Salinan LAPORAN TEKNIKAL  (dalam format PDF).

Salinan lembut (softcopy) dalam format PDF tersebut adalah DIWAJIBKAN untuk dimuatnaik melalui google form pada link pautan berikut sebelum atau pada hari JUMAAT, 13 MEI 2022 selewat-lewatnya pukul 5.00 petang sahaja. Link pautan google form : https://forms.gle/wFmUhcGghm8tHHNq9

Pengemukaan secara e-mel tidak akan diterima sama sekali.

Tiga (3) salinan asal dokumen bercetak (hardcopy) Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal hendaklah dihantar dengan tangan atau melalui pos/kurier sebelum atau pada hari JUMAAT, 13 MEI 2022 selewat-lewatnya pukul 5.00 petang sahaja ke alamat seperti berikut:

URUS SETIA,
PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2022,
BAHAGIAN KOMPETENSI, PENSIJILAN & AKREDITASI KEJURUTERAAN (BKPAK),
PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREATE),
JALAN KEMUS, SIMPANG AMPAT,
78000 ALOR GAJAH MELAKA.

MAKLUMAT PENTING

Sekiranya calon gagal untuk mengemukakan Laporan Pengalaman, Laporan Teknikal dan Borang Deklarasi sebelum atau pada hari JUMAAT, 13 MEI 2022 sebelum pukul 5.00 petang, maka permohonan tuan/puan untuk penyertaan Program Pensijilan ini adalah terbatal dan keputusan ini adalah muktamad.

Keterangan mengenai Laporan Teknikal untuk setiap bidang dan tahap pensijilan adalah seperti dinyatakan di dalam Piawaian Kompetensi Pensijilan bidang berkenaan. Untuk maklumat lanjut berkaitan Piawaian Kompetensi Pensijilan berkenaan, sila klik di pautan berikut: http://www.createjkr.gov.my/pelawaan-menyertai-program-pensijilan-kompetensi-teknikal-jabatan-kerja-raya-malaysia-tahun-2022/

Penilaian kompetensi calon dilaksana berdasarkan elemen kompetensi dan petunjuk pencapaian seperti dinyatakan di dalam Piawaian Kompetensi untuk bidang dan tahap kompetensi berkenaan. Laporan Teknikal yang dikemukakan oleh calon juga akan digunakan sebagai asas dan rujukan untuk penilaian kompetensi calon berkenaan.

Maklumat sesi temuduga akan dimaklumkan kepada calon selepas 13 Mei 2022 pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Semasa sesi temuduga, Panel Penilai akan menilai kompetensi calon berdasarkan kepada Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal yang merangkumi ketiga-tiga komponen iaitu:

1. Pengetahuan: Pengetahuan teknikal dalam bidang berkenaan.
2. Kemahiran: Dalam konteks pensijilan ini, kemahiran adalah kebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan teknikal dan pengurusan dalam melaksana tugasan dengan mencapai hasil yang ditentukan dalam masa dan sumber ditetapkan.
3. Sikap: Kecenderungan untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap idea, objek, orang atau keadaan tertentu.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022, sila berhubung dengan pihak Urus Setia seperti nombor talian di bawah:

Nama Alamat E-Mel No. Telefon
Puan Syariza binti Mohamad Azidin syariza [a] jkr.gov.my 06-551 2208
Puan Norsa’adah binti Haji Shamsudin Norsaadah [a] jkr.gov.my 06-551 2298

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA
PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Emel : pensijilanjkr [a] jkr.gov.my

Views: 3500