PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2024

KENYATAAN TAWARAN TENDER PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN-PERISIAN KEJURUTERAAN PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)
1 February 2024
PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2024
1 March 2024
Show all

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2024

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengesahan Permohonan Program Intensif Calon Jurutera Profesional JKR 2024 telah bersidang dan mengesahkan calon-calon yang berjaya seterusnya layak untuk menghadiri sesi taklimat dan bengkel permurnian laporan. Senarai calon yang berjaya adalah seperti berikut:

SENARAI NAMA CALON BERJAYA PERMOHONAN

MAKLUMAT PENTING

Calon wajib menghadiri kedua-dua sesi yang telah ditetapkan oleh urusetia. Sesi pertama yang akan dijalankan pada 5 Mac 2024 adalah sesi taklimat dan kursus bersama pihak BEM dan urusetia. Manakala, sesi kedua pada 18 – 19 April 2024 adalah bengkel permurnian laporan.

Bagi peserta yang tidak dapat menghadiri kedua-dua sesi yang telah ditetapkan ini, sila kemukakan Surat Tunjuk Sebab yang ditandatangani oleh Pengarah Cawangan/Negeri dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh akhir program. Untuk makluman, selaras dengan SAKPKR Bil. 15/2015 – Tindakan ke Atas Ketidakhadiran Latihan di Bawah Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan, pihak tuan diminta mengambil perhatian dan mematuhi segala peraturan.

Surat jemputan dijangka akan dikeluarkan pada 9 Februari 2024.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Program Intensif Calon Jurutera Profesional JKR 2024, sila berhubung dengan pihak Urus Setia seperti nombor talian di bawah:

Nama Emel No. telefon
Ir. Ts. Rozi bin Awang intensifPE2024 [a] gmail.com 06-5512288
Muhammad Fahmi Nazri bin Ibrahim intensifPE2024 [a] gmail.com 06-5512284

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA
PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2024

Views: 4586