Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Portal Rasmi Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE). Sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan, CREaTE berperanan dalam pembangunan teknikal dari segi penyelidikan dan pembangunan, solusi inovatif dan kompetensi teknikal. Adalah menjadi matlamat CREaTE untuk memastikan supaya organisasi ini berjalan dengan cekap dan berkesan demi mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan.
Justeru, dengan adanya portal rasmi ini, CREaTE berhasrat untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dengan menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan struktur pengurusan, perkhidmatan yang disediakan dan hebahan bagi setiap program yang akan dijalankan serta paparan berita bagi setiap program yang telah dijalankan.
Melalui portal ini juga, CREaTE akan cuba menyediakan maklumat penting bagi kakitangan JKR. Sistem Latihan dan Fasiliti CREaTE JKR melibatkan manual Sistem Latihan dan senarai Ketua Pegawai Pembangunan Kompetensi dan Latihan (KPPKL) telah disediakan bagi memudahkan urusan latihan kakitangan JKR. Malah, di ruangan Muat Turun, disediakan pautan bagi para pengguna mendapatkan dokumen penerbitan CREaTE dan JKR. Peta Jalan, Direktori Pegawai yang hendak dihubungi serta ruangan Tempahan Fasiliti juga disediakan untuk memudahkan orang ramai membuat rujukan dan mengemukakan sebarang pertanyaan.
CREaTE berharap agar pengguna selesa untuk melayari portal yang berinformasi ini. CREaTE juga mengalu-alukan sebarang aduan juga pertanyaan dan para pengguna portal ini boleh menghubungi kami pada bila-bila masa. Maklum balas dan cadangan yang berguna untuk kebaikan kami amatlah dihargai. Mudah-mudahan kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk anda.
CREaTE berusaha menyediakan platform dalam melahirkan profesion teknikal yang mahir, kompeten dan profesional melalui pelaksanaan latihan teknikal serta penyelidikan dan pembangunan. Kesinambungan usaha yang digerakkan ini diharap dapat menghasilkan modal insan yang kreatif, inovatif dan seiring dengan kemajuan teknologi sedia ada.

“Ke arah Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Negara, bertaraf dunia”

YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman
Pengarah Kanan
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

Views: 7115