PEMAKLUMAN DASAR

PEMAKLUMAN DASAR PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PERKHIDMATAN AWAM VERSI 1.0 (2022) BAGI PENETAPAN TEMPOH 40 JAM BERKURSUS PENJAWAT AWAM DALAM TAHUN PENILAIAN

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah menetapkan bahawa Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005.

Namun begitu, merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia – Dasar Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Versi 1.0 (2022) terkini, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah menetapkan bahawa semua Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan perlu memastikan setiap pegawai terlibat sekurang-kurangnya 40 jam latihan berbentuk formal dan berstruktur dalam tahun penilaian. Perkara ini telah diarahkan pelaksanaannya di Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia Tahun 2022, Kementerian Kerja Raya Malaysia bertarikh 6 Januari 2022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Bagi menjelaskan perkara tersebut, latihan boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah bagi memenuhi hari/jam latihan/kursus yang ditetapkan dalam setahun melalui latihan secara bersemuka/maya/hibrid sesi pembelajaran umum dan pembelajaran kendiri. Kehadiran enam (6) jam latihan sebagai satu (1) hari berkursus adalah berdasarkan program latihan dan jenis aktiviti seperti berikut;

Sehubungan itu, perhatian serta kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, adalah dipohon bagi memastikan arahan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya agar selaras dengan dasar serta hala tuju jabatan ke arah menjadi pusat kecemerlangan kejuruteraan dan teknologi negara.

Sekian, terima kasih.

Views: 2059