MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL KOMPETENSI TEKNIKAL JKR MALAYSIA 2021

test
1 November 2021
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM SPEAKER SERIES 2021
8 November 2021
Show all

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL KOMPETENSI TEKNIKAL JKR MALAYSIA 2021

Para jemputan yang turut hadir

Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal JKR Malaysia 2021

Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal JKR Malaysia 2021 telah diadakan pada 27 Oktober 2021 (Rabu) bertempat di Aras 2 Menara Kerja Raya 2 yang turut disiarkan secara langsung melalui You Tube CREaTE JKR. Seramai 259 pegawai JKR yang telah dianugerahkan dengan Sijil Kompetensi dalam pelbagai disiplin dan tahap.

Majlis dimulakan dengan kata aluan oleh Pengarah Kanan CREaTE, Ir. Razhiah Binti Wahab dan disusuli dengan ucaptama dan perasmian oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman. Penganugerahan sijil kompetensi telah disampaikan secara simbolik oleh Y.Bhg. Dato’ KPKR kepada semua Ketua Disiplin dan Kompetensi yang terlibat.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Timbalan KPKR Sektor Infra, Timbalan KPKR Sektor Bangunan dan Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Sijil Kompetensi bagi tahun 2021.

Senarai nama penerima, Panel Penilai dan Pemilik Kompetensi bagi Program Pensijilan 2021 adalah seperti Buku Program Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal JKR Malaysia 2021.

Majlis ini boleh ditonton melalui pautan seperti berikut:

“KOMPETENSI TRANSFORMASI TEKNOLOGI”

Disediakan oleh:

Urus Setia Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR Malaysia 2021 BKPAK, CREaTE

Views: 853