Sejarah Penubuhan
Sejarah pusat ini bermula dengan penubuhan Institut Latihan & Penyelidikan JKR (IKRAM) pada tahun 1988. Di dalam selang masa kira-kira 28 tahun, pelbagai perubahan dapat dilihat dalam struktur pentadbiran dan halatuju organisasi. Terkini, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah berjaya disiapkan dan beroperasi pada 1 September 2016 di Alor Gajah Melaka. Pengumpulan idea dan pengalaman di dalam selang masa ini diharap dapat membawa CREaTE ke arah halatuju yang jitu dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti, selaras dengan kecemerlangan kejuruteraan dan teknologi negara.
Views: 6378