Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem Latihan dan Fasiliti CREaTE (http://latihan.createjkr.gov.my) dengan mendaftar sebagai pengguna di link berikut: http://latihan.createjkr.gov.my/daftar.
Bagi staf JKR, permohonan kursus boleh dibuat melalui sistem latihan dengan klik pada takwim kursus yang dikehendaki.
Bagi staf KKR dan JKR, tiada bayaran dikenakan untuk memohon kursus, manakala untuk jabatan/agensi selain KKR dan JKR, kadar bayaran kursus adalah seperti berikut:
Tempoh Kursus |
Yuran Pendaftaran (RM) |
1 hingga 7 hari |
50.00 |
7 hari hingga 1 bulan |
100.00 |
1 hingga 6 bulan |
150.00 |
Lebih 6 bulan |
200.00 |
Tempat tinggal dan makanan disediakan semasa berkursus dan bermesyuarat. Walaupun demikian, sila berurusan dengan pihak urusetia bagi mendapatkan maklumat terkini dan perubahan dari masa ke semasa.
Untuk staf JKR, sila log masuk ke Sistem Latihan CREaTE menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang sama dengan SSO MyKJ. Untuk staf bukan JKR, sila klik pada butang “Lupa Kata Laluan” di link berikut: http://latihan.createjkr.gov.my/admin/signin#toforgot
Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang hantar. Pautan untuk ubah kata laluan akan dihantar ke emel anda. Untuk staf JKR, Sila pastikan emel rasmi dikemaskini dalam MyKJ. Untuk agensi luar sila pastikan alamat emel dikemaskini dalam Sistem Latihan & Fasiliti CREaTE.
Anda boleh menggunakan kemudahan-kemudahan makmal di CREaTE untuk kerja-kerja R&D dengan mendapat kebenaran bertulis daripada pusat ini.
Sebarang pertanyaan berkenaan Sistem Latihan dan Fasiliti CREaTE boleh dibuat melalui emel helpdesk mylatihancreate@jkr.gov.my.
Kemudahan fasiliti yang terdapat di CREaTE untuk sewaan pihak luar adalah seperti berikut:
- Dewan CREaTE
- Bilik Kuliah
- Bilik Mesyuarat
- Bilik Perbincangan
- Makmal Komputer
- Kemudahan Sukan
- CREaTE Lodge (Bilik Penginapan)
Sila rujuk kadar sewaan sebagaimana berikut:
Kadar sewaan kemudahan bangunan dan ruang
Kadar sewaan kemudahan CREaTE Lodge
NOTA :
- TIADA BAYARAN DIKENAKAN BAGI SEWAAN FASILITI DAN CREaTE LODGE KEPADA WARGA JABATAN KERJA RAYA (JKR), KEMENTERIAN KERJA RAYA(KKR) DAN AGENSI KERAJAAN YANG LAIN.
- BAYARAN DOBI AKAN DIKENAKAN SEBANYAK RM30.00 BAGI SETIAP TEMPAHAN CREaTE LODGE KEPADA AGENSI KERAJAAN (SELAIN JKR & KKR) SERTA AGENSI SWASTA.
Untuk tujuan tempahan, sila kemukakan Surat Permohonan Rasmi beserta Borang Permohonan kepada Pegawai bertugas seperti berikut :
MUHAMMAD HAFIZ BIN ESA | 06-551 2255 | mhafizesa@jkr.gov.my |
AZLINA BINTI ZAINAL | 06-5512256 | azlinazainal@jkr.gov.my |
Borang Permohonan Kemudahan Fasiliti
Borang Permohonan CREaTE Lodge
Views: 3427