PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA PERINGKAT PERTAMA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2022
11 April 2022
HAK PEMILIKAN UTILITY INNOVATION BAGI PRODUK MEDIAN NIGHT REFLECTOR POST
11 April 2022
Show all

HAK PEMILIKAN PATEN BAGI PRODUK INOVASI IMPROVED ROAD STUD

HAK PEMILIKAN PATEN BAGI PRODUK INOVASI IMPROVED ROAD STUD

Sukacita dimaklumkan bahawa produk inovasi Improved Road Stud yang dihasilkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kecil Pengkalan Hulu, Perak telah disahkan hak pemilikan Harta Intelek di bawah kategori Paten pada 22 Julai 2021 oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). No pemilikan paten ialah MY-186465-A.

Kumpulan pereka cipta dari JKR Daerah Kecil Pengkalan Hulu, Perak telah mereka ciptainovasi yang merupakan komponen perabot jalan yang dipasang di permukaan jalan bertujuan untuk membantu pengguna jalan raya melihat garis jalan dengan lebih jelas khususnya pada waktu malam dan di dalam keadaan hujan lebat.

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada pereka cipta Improved Road Stud:

  1. Abdul Jalil bin Hussin;
  2. Ahmad Sunhaji bin Mansor;
  3. Ahmad Rafee bin Mohammad Yusof; dan
  4. Ghazali bin Shafie.

Views: 270