Informasi Perkhidmatan

Peranan CREaTE adalah meliputi latihan di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi, serta pembangunan produk yang inovatif untuk digunapakai oleh semua jabatan kerajaan di seluruh negara.

Di antara lain, CREaTE juga boleh membantu penyediaan produk yang inovatif ini agar ianya dapat dipasarkan secara meluas sama ada di dalam dan juga di luar negara. Secara amnya, perkhidmatan yang ditawarkan oleh CREaTE adalah termasuk di dalam bidang-bidang seperti berikut:

  • Latihan berkaitan nilai-nilai murni yang dikongsi bersama (shared values)
  • Latihan berkaitan kemahiran teknikal (technical skills)
  • Latihan berkaitan kemahiran pengurusan (business skills)
  • Penyelidikan dan pembangunan (research and development)
  • Kempen kesedaran dan penciptaan produk yang inovatif (awareness and creation of innovative products)
  • Pembangunan dan ujian produk yang inovatif (development and testing of innovative products)
  • Penilaian dan pengesahan bagi produk yang inovatif (evaluation and verification)
  • Perlindungan harta intelek dan khidmat nasihat bagi produk yang inovatif (intellectual property protection and advisory assistance)
  • Pengurusan dan penyesuaian bagi penggunaan produk yang inovatif kepada jabatan-jabatan kerajaan di seluruh negara (adaptation of innovative product in department and nationwide)
  • Pemberian anugerah bagi produk yang inovatif (recognition)
  • Memasarkan produk yang inovatif kepada pasaran di dalam dan juga di luar negara (innovation and commercialization)
  • Mempamerkan produk yang inovatif di dalam galery (model bersaiz kecil dan sederhana) dan taman (model bersaiz besar) yang terdapat di CREaTE (innovation gallery and parks)
1. Shared Values
2. Technical Skills
3. Business Skills
4. Research & Development
5. Awareness & Creation of Innovative Product
6. Development & Testing of Innovative Product
7. Evaluation & Verification
8. IP Protection Advisory & Assistance
9. Adaptation of Innovative Product in Department & Nationwide
10. Recognition
11. Innovation & Commercialization
12. Innovation Gallery & Parks

Views: 14355