Mengenai Kami

CREaTE di Alor Gajah Melaka telah mula beroperasi pada 1 September 2016.  CREaTE diwujudkan bagi mencapai matlamat untuk melahirkan kakitangan yang kompeten, profesional, kreatif dan inovatif seiring dengan kemajuan teknologi terkini melalui pembangunan modal insan dan program latihan yang berterusan.

Hal ini selaras dengan hasrat JKR Malaysia untuk menjadi pembekal perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan.

Bagi tujuan awalan penyediaan tempat dan kursus-kursus utama, CREaTE telah diselaraskan kepada empat bahagian-bahagian utama iaitu:

  • Bahagian Pengurusan Korporat
  • Bahagian Pengurusan Aset dan Fasiliti
  • Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan
  • Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan

Views: 13020