SEMINAR SALAH LAKU PROFESIONAL (PERUNDING) BERDASARKAN UNDANG-UNDANG

PELAWAAN MENYERTAI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JKR TAHUN 2022
30 March 2022
PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA PERINGKAT PERTAMA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2022
11 April 2022
Show all

SEMINAR SALAH LAKU PROFESIONAL (PERUNDING) BERDASARKAN UNDANG-UNDANG

SEMINAR SALAH LAKU PROFESIONAL (PERUNDING) BERDASARKAN UNDANG-UNDANG

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR(CREaTE) telah berjaya menganjurkan seminar pada 29 Mac 2022 (Selasa) bertempat di Dewan CREaTE yang bertajuk SEMINAR SALAH LAKU PROFESIONAL (PERUNDING) BERDASARKAN UNDANG-UNDANG. Urusetia seminar ini telah diketuai oleh Unit Ukur Bahan dan dibantu unit-unit lain dariBahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), CREaTE. Seminar ini telah dirasmikan oleh  YBrs. Tuan Haji Mohd Noh bin Karim, yang menjalankan tugas Pengarah Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK), CREaTE.

Ceramah seminar ini telah disampaikan oleh Sr Amran bin Mohd. Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar). Seminar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan peserta dari Perunding Kejuruteraan Awam, Perunding Mekanikal dan Elektrikal, Perunding Arkitek dan Perunding Ukur Bahan. Objektif seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan isu-isu salah laku profesional perunding dari segi undang-undang. Seminar ini juga telah memperolehi akreditasi dari Lembaga  Jurutera, Lembaga Arkitek dan Lembaga Jurukur Bahan. Semoga dengan penganjuran seminar ini akan memberikan manafaat kepada perunding yang hadir. Terima kasih di atas kerjasama dari semua pihak sama ada secara langsung atau yang tidak langsung bagi menjayakan seminar  pada kali ini.

Views: 409