
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2022
Dengan sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022 ini merupakan satu inisiatif jabatan untuk memberi pengiktirafan kepada seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan kemahiran/kepakaran dalam bidang tertentu serta memenuhi piawaian pensijilan.
Program pensijilan ini terbuka kepada semua pegawai JKR yang berkelayakan dalam bidang kompetensi berkaitan berdasarkan kepada syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Kerangka Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia. Sila klik di pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan program ini serta borang permohonan kompetensi yang ditawarkan:
- Tadbir Urus (Baru) v1.3 2022
- Syarat-Syarat Kelayakan Pensijilan (Baru) v1.3 2022
- Kaedah Pelaksanaan Pensijilan (Baru) v1.3 2022
- Borang Permohonan (Baru) v1.3 2022
- Senarai Semak Pengemukaan Dokumen (Baru) v1.3 2022
- Dokumen Kerangka Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR Malaysia (Baru) v1.3 2022 (3)
- Senarai Pemilik Kompetensi (Baru) 2022 (1)
- Senarai Bidang Kompetensi (Baru) 2022
Sehubungan dengan itu, Jabatan Kerja Raya Malaysia mempelawa semua pegawai Jabatan Kerja Raya Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Dokumen Piawaian Kompetensi mengikut disiplin dan kompetensi masing-masing untuk memohon. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang dimuat turun daripada Dokumen Kerangka Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Sila klik pada pautan kompetensi seperti berikut;
Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani berserta salinan sijil kelulusan akademik, sijil kursus wajib dan dokumen-dokumen sokongan yang lain hendaklah dicetak, diimbas dan dimuatnaik melalui Google Form di pautan https://forms.gle/1PLeRv6cLgd8QWVu5 . Seterusnya kesemua salinan tersebut yang telah dicetak hendaklah dihantar secara pos atau dengan tangan, dan sampai kepada pihak urus setia pada atau sebelum 7 Mac 2022 (Isnin) di alamat seperti berikut;
URUS SETIA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA,
Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK),
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE),
Jalan Kemus, Simpang Ampat,
78000 Alor Gajah,
Melaka.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2022, sila berhubung dengan pegawai seperti di bawah;
Nama | Emel | No. Telefon |
Puan Syariza binti Mohamad Azidin | syariza [a] jkr.gov.my | 06-551 2208 |
Puan Norsa’adah binti Haji Shamsudin | norsaadah [a] jkr.gov.my | 06-551 2298 |
Sekian, terima kasih.
URUS SETIA
PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Emel: pensijilanjkr [a] jkr.gov.my
Views: 6685