PANDUAN PERMOHONAN AKTIVITI CPD PRA-DILULUSKAN

KENYATAAN TAWARAN TENDER PENYENGGARAAN KOMPREHENSIF INFRASTRUKTUR RANGKAIAN, KESELAMATAN PUSAT DATA DAN APLIKASI BAGI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)
22 January 2024
KENYATAAN TAWARAN TENDER PEMBAHARUAN LESEN PERISIAN-PERISIAN KEJURUTERAAN PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)
1 February 2024
Show all

PANDUAN PERMOHONAN AKTIVITI CPD PRA-DILULUSKAN

PANDUAN PERMOHONAN AKTIVITI CPD PRA-DILULUSKAN

Selaras dengan halatuju Jabatan untuk membangunkan modal insan yang kompeten, kreatif dan inovatif dalam bidang kejuruteraan dan teknologi, CREaTE sebagai Pusat Latihan Bertauliah JKR akan menjalankan Akitiviti CPD Pra-Diluluskan dan memberi jam CPD berdasarkan syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Aktiviti CPD Pra-Diluluskan adalah satu bentuk program untuk membangunkan dan meningkatkan tahap profesionalisme pegawai JKR dengan cara memberikan latihan dan pengetahuan teknikal secara berterusan.

Bagi menjamin tahap profesionalisme ini, pegawai JKR perlu menghadiri program yang diiktiraf oleh badan profesional. Pengiktirafan oleh Lembaga Jurutera Malaysia kepada CREaTE akan mewujudkan penanda aras yang yang setanding dengan amalan terbaik untuk Jurutera Profesional JKR.

Prosidur dan permohonan bagi aktiviti CPD Pra-Diluluskan di bawah penganjuran JKR hendaklah mematuhi Garis Panduan Aktiviti Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) Pra-Diluluskan.

Permohonan Aktiviti CPD Pra-Diluluskan CREaTE hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh pelaksanaan Aktiviti CPD tersebut.

Permohonan yang lengkap hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

i) Surat Permohonan Rasmi dengan Kepala Surat

ii) Borang Aktiviti CPD Pra-Diluluskan CREaTE klik di sini

     Contoh pengisian borang klik di sini

iii) Risalah Aktiviti (jika ada)

iv) CV Penceramah

Urus Setia akan memaklukan kepada pemohon apabila keputusan diluluskan oleh Jawatankuasa CPD CREaTE.

Views: 64