PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2024

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2024
5 February 2024
PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2024
4 March 2024
Show all

PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2024

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2024

Sukacita dimaklumkan, pihak CREaTE akan melaksanakan Program Intensif Calon Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan (PEPC) JKR 2024. Program ini bertujuan memberi panduan dan bimbingan kepada Jurutera Profesional JKR untuk diiktiraf sebagai Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan (PEPC) dan program ini terbuka kepada Disiplin Awam, Mekanikal dan Elektrik.

Untuk makluman, jangkaan pengumuman keputusan permohonan adalah pada 26 April 2024. Calon yang berjaya dalam permohonan, dikehendaki untuk menghadiri program bersama BEM dan urusetia bermula pada 14 Mei 2024.

Sehubungan dengan itu, CREaTE mempelawa semua pegawai JKR yang memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang ditetapkan, untuk menyertai program ini.

Syarat dan borang permohonan

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui emel kepada KPPKL Cawangan dan di hantar ke emel: penyelaras.intensifPE [a] gmail.com selewatnya pada 22 Mac 2024 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari.

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA

PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2024

Emel   : penyelaras.intensifPE [a] gmail.com

Tel       : 06-5512276/2280/2291

Views: 1339