PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA PERINGKAT PERTAMA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2023

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2023
16 May 2023
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM 5TH JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC 2023)
30 May 2023
Show all

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA PERINGKAT PERTAMA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2023

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA PERINGKAT PERTAMA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengesahan Permohonan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia 2023 telah bersidang dan mengesahkan calon-calon yang berjaya peringkat pertama seterusnya layak untuk menghadiri sesi temuduga. Senarai calon yang berjaya adalah seperti berikut:

Senarai Calon Berjaya Peringkat Pertama

Sehubungan dengan itu calon–calon yang berjaya pada peringkat pertama, diwajibkan untuk menyediakan tiga (3) salinan hardcopy dan satu (1) salinan softcopy Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal seperti format di bawah:

  1. Format Laporan Pengalaman (semua kompetensi)
  2. Format Laporan Teknikal (kompetensi Awam, Mekanikal, Elektrik dan Kejuruteraan Pengangkutan Darat)
  3. Format Laporan Teknikal (kompetensi Arkitek)
  4. Format Laporan Teknikal (kompetensi Ukur Bahan)
  5. Format Laporan Teknikal (kompetensi BIM)
  6. Format Laporan Teknikal (kompetensi Pengurusan Aset dan Fasiliti dan Penilaian Aset Tak Alih (Bangunan)
  7. Format Laporan Teknikal (kompetensi Kelestarian Alam Sekitar)

Calon-calon diminta untuk mengemukakan Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal kepada Urus setia pada atau sebelum 30 Jun 2023. Laporan yang lewat diterima daripada 30 Jun 2023 tidak akan diterima.

Tiga (3) salinan hardcopy Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal dihantar ke alamat seperti berikut:

Urus Setia Program Pensijilan Kompetensi JKR
Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
Jalan Kemus
78000 Alor Gajah, Melaka

Satu (1) salinan softcopy Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal hendaklah dimajukan melalui emel pensijilanjkr [a] jkr.gov.my.

Maklumat Penting

Sekiranya calon gagal untuk mengemukakan Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal pada atau sebelum 30 Jun 2023, maka permohonan tuan/puan untuk penyertaan Program Pensijilan ini adalah terbatal dan keputusan ini adalah muktamad.

Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal yang disediakan perlulah disahkan oleh Ketua Bahagian/Pengarah berkenaan dan Pemilik Kompetensi/pegawai yang mempunyai kompetensi dalam bidang yang dimohon (tahap yang lebih tinggi) sebelum dikemukakan kepada pihak Urus setia.

Keterangan mengenai Laporan Teknikal untuk setiap bidang dan tahap pensijilan adalah seperti dinyatakan di dalam Piawaian Kompetensi Pensijilan bidang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, sila klik di pautan berikut:

http://www.createjkr.gov.my/pelawaan-menyertai-program-pensijilan-kompetensi-teknikal-jabatan-kerja-raya-malaysia-tahun-2023/

Penilaian kompetensi calon dilaksana berdasarkan elemen kompetensi dan petunjuk pencapaian seperti dinyatakan di dalam Piawaian Kompetensi untuk bidang dan tahap kompetensi berkenaan. Laporan Teknikal yang dikemukakan oleh calon juga akan digunakan sebagai asas dan rujukan untuk penilaian kompetensi calon berkenaan.

Maklumat sesi temuduga akan dimaklumkan kepada calon selepas 30 Jun 2023.

Semasa sesi temuduga, Panel Penilai akan menilai kompetensi calon berdasarkan Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal yang merangkumi ketiga-tiga komponen iaitu:

  1. Pengetahuan: Pengetahuan teknikal dalam bidang berkenaan.
  2. Kemahiran: Dalam konteks pensijilan ini, kemahiran adalah kebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan teknikal dan pengurusan dalam melaksana tugasan dengan mencapai hasil yang ditentukan dalam masa dan sumber ditetapkan.
  3. Sikap: Kecenderungan untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap idea, objek, orang atau keadaan tertentu.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia Tahun 2023, sila hubungi:

Nama Emel No. Telefon
Ir. Jusmairomaizani binti Jusoh jusma [a] jkr.gov.my 06-551 2211
Norliana binti Md Yusof norlianamy [a] jkr.gov.my 06-551 2267

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA
PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Emel : pensijilanjkr [a] jkr.gov.my

Views: 8634