Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |
PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2023
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2023
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2023 akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).
Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia adalah merupakan satu inisiatif jabatan untuk memberi pengiktirafan kepada seseorang pegawai yang mempunyai pengalaman dan menunjukkan kemahiran/kepakaran dalam bidang tertentu serta memenuhi piawaian pensijilan.
Program pensijilan ini terbuka kepada semua pegawai JKR yang berkelayakan dalam bidang kompetensi berkaitan berdasarkan kepada syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Kerangka Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia. Sila klik di pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan program dan borang permohonan kompetensi yang ditawarkan:
JKR Malaysia mempelawa semua pegawai yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Dokumen Piawaian Kompetensi mengikut disiplin dan kompetensi masing-masing. Sila klik pada pautan kompetensi seperti berikut:
Borang-borang permohonan yang lengkap diisi beserta salinan sijil kelulusan akademik, sijil kursus wajib dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dan sampai kepada Urus Setia pada atau sebelum 7hb April 2023 ke alamat berikut:
Urus Setia Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR Malaysia
Bahagian Kompetensi, Pensijilan & Akreditasi Kejuruteraan (BKPAK)
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
Jalan Kemus, Simpang Ampat
78000 Alor Gajah Melaka
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2023, sila hubungi:
Nama | Emel | No. Telefon |
Ir. Jusmairomaizani binti Jusoh | jusma [a] jkr.gov.my | 06-551 2211 |
Norliana binti Md Yusof | norlianamy [a] jkr.gov.my | 06-551 2267 |
Sekian, terima kasih.
URUS SETIA
PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Emel : pensijilanjkr [a] jkr.gov.my
Views: 6341
Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |