JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM 5TH JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC 2023)

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA PERINGKAT PERTAMA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2023
17 May 2023
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING 2023 (ISoF 2023): ENHANCING RELIABILITY OF FORENSIC ENGINEERING FOR SAFE SOCIETY
12 June 2023
Show all

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM 5TH JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC 2023)

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM 5TH JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC 2023)

Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 5thJKR Research Colloquium (JKRRC 2023) seperti ketetapan berikut:

Program : 5th JKR Research Colloquium (JKRRC 2023)
Tarikh (Hari) : 8 hingga 9 Ogos 2023 (Selasa hingga Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat   : Dewan Utama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)   
Penginapan : Tidak Disediakan
Makan/Minum : Disediakan (Makan malam tidak disediakan)
CPD/CCD Point :   8 CPD point BEM
3 CPD point LAM
2 CPD point BQSM  

Program yang bertemakan “Penyelidikan Berinovasi, Aspirasi Kecemerlangan Teknologi” ini diadakan bertujuan untuk mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga JKR. Selain itu, JKR Research Colloquium  (JKRRC) bertujuan untuk mewujudkan satu platform perkongsian dapatan kajian oleh pasukan penyelidik dan rakan kolaboratif JKR serta menyediakan pentas khusus untuk pertukaran idea dan maklumat sesama penyelidik berkaitan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan.

Program ini terbuka kepada kakitangan JKR yang telah dinamakan oleh Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan dan Negeri masing-masing. Surat Jemputan dan tatacara pengesahan kehadiran peserta akan diedarkan pada bulan Julai 2023.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan dengan program 5th. JKRRC, tuan boleh menghubungi pegawai penyelaras seperti di bawah:

Nama Penyelaras dan
No Tel Pejabat
Nurul Ain binti Abd Wahab (nurul_ain@jkr.gov.my)
06-551 2322
Nama Penyelaras dan
No Tel Pejabat
Pn. Ernisha binti Abdul Karim (ernisha@jkr.gov.my) 06-551 2324

Kerjasama tuan dalam menyokong program ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Views: 441