PELAWAAN MENYERTAI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JKR TAHUN 2022

LAWATAN TEKNIKAL CENTRE OF ELECTRICAL ENERGY SYSTEMS (CEES) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) DAN ENERGY AND POWER SYSTEMS RESEARCH GROUP UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) KE MAKMAL PENYELIDIKAN ELEKTRIK (MPE), BAHAGIAN INOVASI, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEJURUTERAAN (BIPPK) PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREATE)
18 March 2022
SEMINAR SALAH LAKU PROFESIONAL (PERUNDING) BERDASARKAN UNDANG-UNDANG
31 March 2022
Show all

PELAWAAN MENYERTAI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JKR TAHUN 2022

PELAWAAN MENYERTAI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JKR TAHUN 2022

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Di antara objektif penganjuran Konvensyen KIK JKR ialah memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKR supaya dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan serta memberi peluang kepada warga JKR menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri.

Sehubungan dengan itu, semua Warga JKR adalah dipelawa untuk menyertai Konvensyen KIK JKR Tahun 2022 yang dijangka akan diadakan pada bulan September 2022.

Butiran ringkas Konvensyen KIK JKR 2022 adalah seperti berikut:

  • Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga JKR. Setiap Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang;
  • Setiap kumpulan dikehendaki mengisi borang penyertaan secara dalam talian di pautan: https://form.jotform.com/220178085800452  atau mengimbas QR Code yang tertera di bawah selewat-lewatnya pada 30 Jun 2022;
  • Setiap kumpulan perlu mengemukakan laporan komprehensif projek serta dokumen berkaitan, sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan, kepada sekreteriat program selewat-lewatnya pada 30 Jun 2022; dan
  • Setiap ahli KIK perlu membaca garis panduan yang disertakan untuk maklumat lanjut berkenaan dengan syarat dan keperluan penyertaan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi sekreteriat program berikut:

Nama E-mel No. Telefon
Siti Farah Aiman binti Md Sopian farahaiman@jkr.gov.my 06-551 2269
Mohamad Fadlizuha bin Mahat fadlizuha@jkr.gov.my 06-551 2260

Sekian, terima kasih

Views: 1252