Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |
LAWATAN TEKNIKAL
CENTRE OF ELECTRICAL ENERGY SYSTEMS (CEES)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
DAN
ENERGY AND POWER SYSTEMS RESEARCH GROUP
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
KE
MAKMAL PENYELIDIKAN ELEKTRIK (MPE), BAHAGIAN INOVASI, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEJURUTERAAN (BIPPK)
PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREATE)
Pada 15 Mac 2022, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menerima kunjungan lawatan teknikal dari Centre of Electrical Energy Systems (CEES), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)susulan hasil daripada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara CREaTE dan UTM yang telah diadakan di UTM Skudai, Johor Bahru, pada 13 Januari 2022 yang lalu. Manakala, pada 16 Mac 2022, kunjungan lawatan dari pihak Energy and Power Systems Research Group, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ke CREaTE juga telah diadakan
Lawatan dari pihak UTM dihadiri oleh lima (5) orang pegawai UTM yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Md. Pauzi bin Abdullah, selaku Pengarah CEES, UTM. Manakala, lawatan dari pihak Energy and Power Systems Research Group, UTeM diketuai oleh YBrs. Dr. Kyairul Azmi bin Baharin selaku Penyelaras Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) serta pegawai-pegawai kanan UTeM. Turut hadir bersama adalah pegawai-pegawai dari Makmal Penyelidikan Elektrik (MPE), CREaTE yang diketuai oleh YBrs. Ir. Dr. Mohamed Shahriman bin Mohamed Yunus.
Taklimat mengenai MPE telah diberi di Bilik Mesyuarat Perdana dan disusuli dengan lawatan ke makmal-makmal di MPE. Satu perbincangan bersama telah diadakan sejurus selesai lawatan diadakan bagi membincangkan aktiviti dan program kerjasama strategik antara MPE dan pihak universiti berkenaan.
Semoga lawatan teknikal kali ini akan memberi manafaat kepada kedua-dua belah pihak dan seterusnya menyemarakkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan di dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Lawatan Teknikal
Centre of Electrical Energy Systems (CEES)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
15 Mac 2022
LAWATAN TEKNIKAL
ENERGY AND POWER SYSTEMS RESEARCH GROUP
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
16 MAC 2022
Views: 311
Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |