Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |
Program Electrical Engineering Conference 2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’ Sri /Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
TAWARAN MENYERTAI PROGRAM ELECTRICAL ENGINEERING CONFERENCE 2023 (E²nCon’23)
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacitanya dimaklumkan Cawangan Kejuruteraan Elektrik bersama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR dan Kelab AKSI, CKE akan melaksanakan program seperti berikut:
PROGRAM | : | ELECTRICAL ENGINEERING CONFERENCE (E²nCon’23) |
TARIKH | : | 03-04 OKTOBER 2023 (SELASA – RABU) |
TEMPAT | : | DEWAN UTAMA CREaTE |
PENGINAPAN | : | DISEDIAKAN |
MAKAN/ MINUM | : | DISEDIAKAN |
KUMPULAN SASARAN | : | TERBUKA KEPADA SEMUA STAF DISIPLIN ELEKTRIK JKR/ KADER |
3. Sekiranya berminat, permohonan boleh dibuat melalui Sistem Latihan dan Fasiliti CREaTE JKR di pautan http://latihan.createjkr.gov.my ataupun melalui portal CREaTE http://www.createjkr.gov.my.
Untuk daftar masuk kali pertama ke dalam sistem, pemohon diminta untuk memasukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan: (SSO MyKJ). Pemohon boleh mengubah katalaluan di profil pemohon. Sekiranya tiada akaun pengguna MyKJ, pemohon diminta berhubung dengan Penyelaras MyKJ Cawangan masing-masing untuk mewujudkan akaun pengguna MyKJ.
4. Mohon kerjasama YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, agar mendapatkan persetujuan daripada Ketua Unit/ Bahagian (KUB) dan sokongan oleh Ketua Pegawai Pembangunan Kompetensi dan Latihan (KPPKL) Cawangan/ Negeri di dalam Sistem Latihan JKR sebelum diluluskan oleh pihak CREaTE.
5. Pegawai KADER yang berkhidmat di lain-lain Kementerian/ Agensi yang berminat untuk menyertai program yang ditawarkan boleh membuat permohonan secara manual dengan menghubungi penyelaras kursus seperti yang dinyatakan di paparan Maklumat Program.
6. Untuk maklumat lanjut MANUAL PENGGUNA SISTEM LATIHAN DAN FASILITI CREaTE JKR boleh diakses melalui pautan berikut:- http://www.createjkr.gov.my/manual-mylatihan/
7. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut:-
Nama | Emel | No. Telefon |
Sabariah a/p Said | sabariahs [a] jkr.gov.my | 06 551 2434 |
Nurul Izzaty binti Sabudin | nurulizzaty [a] jkr.gov.my | 06 551 2285 |
8. Komitmen serta kerjasama YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam menjayakan program ini adalah sangat diharapkan dan dihargai.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
bp URUS SETIA
Program Electrical
Engineering Conference 2023 (E²nCon’23)
Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
Jalan Kemus, Simpang Ampat
78000 Alor Gajah
MELAKA
Tel.: +606-551 2434/ 2285
Views: 807
Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |