Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN CALON BERJAYA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2023
Sesi temuduga bagi Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR Malaysia tahun 2023 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 7 hingga 25 Ogos 2023. Jawatankuasa Perakuan Pensijilan JKR Malaysia telah bersidang pada 14 September 2023 dan telah memperakukan keputusan semua calon-calon. Sukacita dimaklumkan bahawa berikut adalah senarai calon yang layak dianugerahkan sijil kompetensi:
Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon-calon.
Kerjasama daripada kesemua calon yang berjaya adalah dimohon untuk menyemak nama dan butiran masing-masing di pautan tersebut dan memaklumkan kepada Urus Setia Pensijilan selewat-lewatnya pada hari Jumaat 22 September 2023. Maklumat tersebut akan diguna pakai dalam penyediaan sijil dan buku program Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal JKR 2023 yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2023. Sekiranya urus setia tidak menerima sebarang maklum balas pada tarikh berkenaan, butiran pada pautan tersebut akan dirujuk dan digunakan.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia 2023, sila hubungi:
Nama | Emel | No. Telefon |
Ir. Jusmairomaizani binti Jusoh | jusma [a] jkr.gov.my | 06-551 2211 |
Norliana binti Md Yusof | norlianamy [a] jkr.gov.my | 06-551 2267 |
Sekian, terima kasih.
URUS SETIA
PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Emel : pensijilanjkr [a] jkr.gov.my
Views: 4003
Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |