KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2023

PROGRAM 5th JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC)
15 August 2023
PROGRAM ELECTRICAL ENGINEERING CONFERENCE 2023
8 September 2023
Show all

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2023

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2023

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menganjurkan program tahunan iaitu Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2023 dengan penuh gilang gemilang pada 30 Ogos 2023 bertempat di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. Penganjuran program ini bertujuan untuk membudayakan inovasi di dalam kalangan warga JKR, dan seterusnya memberi penghargaan kepada peserta yang berjaya menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada rakyat dan negara amnya, serta jabatan khususnya.

Bertemakan Together We Ignite Innovation”, Konvensyen KIK JKR pada tahun ini melibatkan 366 orang peserta daripada 45 kumpulan dari pelbagai Cawangan Ibu Pejabat JKR, JKR Negeri dan JKR Daerah. Kesemua kumpulan telah membentangkan inovasi masing-masing secara fizikal di hadapan panel penilai pada 24 hingga 28hb Julai 2023. 20 kumpulan telah menampilkan inovasi di bawah Kategori Teknikal, manakala 25 kumpulan telah mempertaruhkan inovasi di bawah Kategori Pengurusan.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah pemenang Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2023 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya. Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Datuk Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ir. Hj. Badioezaman bin Ab. Khalik, dan Pengarah Kanan CREaTE,  YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman.

Sebanyak 7 kategori telah dipertandingkan iaitu:

  1. Inovasi (Kategori Teknikal);
  2. Inovasi (Kategori Pengurusan);
  3. Poster Terbaik (Kategori Teknikal);
  4. Poster Terbaik (Kategori Pengurusan);
  5. Video Boomerang Terbaik (Kategori Teknikal);
  6. Video Boomerang Terbaik (Kategori Pengurusan); dan
  7. Anugerah Penyertaan Terbanyak

Johan Inovasi bagi kategori teknikal dan pengurusan akan menerima wang tunai berjumlah RM5,000.00, trofi, mockup cheque edisi khas, dan sijil penganugerahan. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM3,000.00 dan RM2,000.00, mockup cheque edisi khas, serta sijil penganugerahan. Manakala, pemenang bagi kategori lain menerima sijil penganugerahan

Berikut merupakan keputusan penuh mengikut kategori :

INOVASI (KATEGORI TEKNIKAL)

Anugerah Nama Kumpulan Pejabat Tajuk
JOHAN MeCHJ Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor K-Lack
NAIB JOHAN BISON SIX JKR Daerah Hilir Perak Polidra-C
TEMPAT KE-3 PUTRAGEN JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya Wuduk Regen Water System (SiRAS)

INOVASI (KATEGORI PENGURUSAN)

Anugerah Nama Kumpulan Pejabat Tajuk
JOHAN J-TEC Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor Fast Action Complaint (FACT)
NAIB JOHAN MOSEB Cawangan Arkitek Template Reka Bentuk Sekolah Modul BIM Fleksi (TemFlex)
TEMPAT KE-3 C.O.C Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Healthfac Contractor Screening System (HCSS)

POSTER TERBAIK (KATEGORI TEKNIKAL)

Nama Kumpulan Pejabat
G-PRAZZ JKR Daerah Jelebu
JASARIA JKR Daerah Marang
E-SENSE Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan

POSTER TERBAIK (KATEGORI PENGURUSAN)

Nama Kumpulan Pejabat
Be.Meta Cawangan Arkitek
J-SM@RT Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor
THE METAMORPHIC Cawangan Kejuruteraan Geoteknik

VIDEO BOOMERANG TERBAIK (KATEGORI TEKNIKAL)

Nama Kumpulan Pejabat
NUCIFERA JKR Daerah Bagan Datuk
J-FORCE JKR TUDM Subang
S – DEPro JKR Daerah Rompin

VIDEO BOOMERANG TERBAIK (KATEGORI PENGURUSAN)

Nama Kumpulan Pejabat
N9-CORPMO JKR Negeri Sembilan
PAVELLIANCE Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
SPECSURGEON Cawangan Kejuruteraan Elektrik

ANUGERAH PENYERTAAN TERBANYAK

Pejabat Bilangan Penyertaan Kategori Penyertaan
JKR Negeri Perak 7 Penyertaan 6 Teknikal, 1 Pengurusan

TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua pemenang, penerima anugerah dan Kumpulan KIK yang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2023.

Views: 1028