PROGRAM 5th JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC)

PROGRAM SPEAKER SERIES CREaTE 2023
9 August 2023
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2023
1 September 2023
Show all

PROGRAM 5th JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC)

Program 5th JKR Research Colloquium (JKRRC) 2023 telah berlangsung selama dua (2) hari bermula dari 8 Ogos 2023 (Selasa) hingga 9 Ogos 2023 (Rabu) dengan jayanya. JKRRC adalah satu pentas yang diwujudkan khas untuk para penyelidik JKR, daripada pelbagai disiplin kejuruteraan, arkitek dan ukur bahan, membentangkan hasil penyelidikan yang telah mereka jalankan. Hasil penyelidikan adalah termasuk produk inovasi, harta intelek dan pelbagai dokumen teknikal yang berpotensi untuk menjadi solusi teknikal atau inovasi yang dapat memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan.

Bertemakan “Penyelidikan Berinovasi, Aspirasi Kecemerlangan Teknologi”, sejumlah 45 penyertaan daripada peserta merentas disiplin merangkumi 22 pembentangan secara lisan dan 23 pembentangan secara pameran poster. Daripada jumlah itu, 18 penyertaan adalah daripada Disiplin Kejuruteraan Awam, 12 daripada Disiplin Kejuruteraan Elektrik, 7 daripada Disiplin Senibina, 6 daripada Disiplin Kejuruteraan Mekanikal dan 2 daripada Disiplin Ukur Bahan serta 5 penyertaan daripada rakan kolaborasi dan agensi selain JKR, iaitu dari Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Pahang dan  Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).

Program 5th JKRRC 2023 ini telah dirasmikan oleh YBrs. Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Sektor Pakar dan turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Haji Badioezaman Bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan serta Pengarah-Pengarah Kanan dan Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri bagi menjayakan program ini.

Pengiktirafan juga telah diberikan bagi lima (5) kategori iaitu manuskrip terbaik, pembentangan terbaik, poster terbaik, penyelidik harapan serta penyelidik terbaik yang mana telah dinilai oleh enam (6) orang panel penilai yang berkepakaran diketuai YBrs. Ir. Dr. Megat Zuhairy bin Megat Tajudin (Pengarah Kejuruteraan Pakar ICT, Cawangan Kejuruteraan Elektrik), YBrs. Ar. IDr. Ts. Zainal bin Mat Rais (Pengarah 1, Cawangan Arkitek), YBrs. Ir. Ts. Dr. Tuan Suhaimi bin Salleh (Jurutera Mekanikal Penguasa, JKR CREaTE), YBrs. Sr Dr. Khairil Hizar bin Md Khuzaimah (Juruukur Bahan Penguasa, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu), YBrs. Ir. Dr. Fairul Zahri bin Mohamad Abas (Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Jalan) dan YBrs. Ts. Dr. Suhaila binti Abdul Rashid (Arkitek Kanan, JKR CREaTE).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah.

KATEGORI PERSEMBAHAN TERBAIK:

BIL ANUGERAH NAMA CAWANGAN TAJUK
1. JOHAN Ahmad Fazli bin Mohamad Nor Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) Effect of the Fuel Treatment using Magnetic Field to the Diesel Engine Performance
2. NAIB JOHAN Siti Adabiyah binti Sulaiman Cawangan Jalan (CJ) Prediction of Sediment Transport Processes in the Upper Kinta River Basin, Malaysia
3. TEMPAT KETIGA Ir. Aizatun Nasyieen binti Yaakub Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS) Fragility Evaluation for Concrete Moment Resisting Frame with Wall Building due to Seismic Activities

KATEGORI MANUSKRIP/ARTIKEL TERBAIK:

BIL ANUGERAH NAMA CAWANGAN TAJUK
1. JOHAN Muhammad Haziq bin Mohd Wazir Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Hotspot Temperature Analysis of Distribution Transformer under Unbalanced Harmonic Loads using Finite Element Method
2. NAIB JOHAN Ir. Aizatun Nasyieen binti Yaakub Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS) Fragility Evaluation for Concrete Moment Resisting Frame with Wall Building due to Seismic Activities
3. TEMPAT KETIGA Ir. Azahar bin Mohd Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) Online Vibration Monitoring of Lift Motor for Predictive Maintenance

KATEGORI POSTER TERBAIK:

BIL ANUGERAH NAMA CAWANGAN TAJUK
1. JOHAN Norulazwan bin Nordin Smart Monitoring System for Aquaculture Water Quality using Micro Controller Board with LoRaWAN Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE)
2. NAIB JOHAN Ir. Hamzah bin Ismail  Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) Using a PSCAD Simulation Software in Calculating the Probability of Surge Protective Devices Failure
3. TEMPAT KETIGA Ir. Dr. Thong Jia Wen Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Structural Performance Evaluation of Cross Dapped Connection Vertical Wall-to-Wall Connection of Precast Wall Panel

KATEGORI PENYELIDIK TERBAIK:

BIL ANUGERAH NAMA CAWANGAN TAJUK
1. JOHAN Ir.Ts. Noor Ezlyn binti Othman Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS) Peak Flow Attenuation of Bioecological Drainage System (BIOECODS) at IPD Pasir Mas, Kelantan

KATEGORI PENYELIDIK HARAPAN:

BIL ANUGERAH NAMA CAWANGAN TAJUK
1. JOHAN Ahmad Fazli bin Mohamad Nor Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) Effect of the Fuel Treatment using Magnetic Field to the Diesel Engine Performance

Semoga perkongsian dapatan penyelidikan di JKRRC ini dapat membawa kepada keberhasilan dapatan penyelidikan JKR ke fasa inovasi dan pengkomersialan supaya penyelidikan dalam organisasi awam memberikan impak maksima kepada penyampaian perkhidmatan jabatan sekaligus memartabatkan profesion teknikal di mata masyarakat dan stakeholders.

Views: 469