Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
YBhg. Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
PROGRAM SPEAKER SERIES CREaTE 2023
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR ( CREaTE ) akan menganjurkan program seperti berikut :-
PROGRAM : SPEAKER SERIES CREaTE 2023 TARIKH : 23 OGOS 2023 ( RABU ) MASA : 8:30 PAGI – 1:00 TENGAH HARI TEMPAT : DEWAN CREaTE PENGINAPAN : TIDAK DISEDIAKAN MAKAN / MINUM : DISEDIAKAN KUMPULAN SASARAN : TERBUKA KEPADA SEMUA P&P DAN PELAKSANA
PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR ( CREaTE )
3. Sekiranya berminat, permohonan boleh dibuat melalui Sistem Latihan dan Fasiliti CREaTE JKR di pautan http://latihan.createjkr.gov.my ataupun melalui portal CREaTE http://www.createjkr.gov.my.
Untuk daftar masuk kali pertama ke dalam sistem, pemohon diminta untuk memasukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan : ( SSO MyKJ ). Pemohon boleh mengubah katalaluan di profil pemohon. Sekiranya tiada akaun pengguna MyKJ, pemohon diminta berhubung dengan Penyelaras MyKJ Cawangan masing – masing untuk mewujudkan akaun pengguna MyKJ.
4. Mohon kerjasama Ybhg. Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, agar mendapatkan persetujuan daripada Ketua Unit / Bahagian ( KUB ) dan sokongan oleh Ketua Pegawai Pembangunan Kompetensi dan Latihan ( KPPKL ) Cawangan / Negeri di dalam Sistem Latihan JKR sebelum diluuskan oleh pihak CREaTE.
5. Pegawai KADER yang berkhidmat di lain – lain Kementerian / Agensi yang berminat untuk menyertai program yang ditawarkan oleh pihak CREaTE boleh membuat permohonan secara manual dengan menghubungi penyelaras kursus seperti yang dinyatakan di paparan Maklumat Kursus.
6. Untuk maklumat lanjut MANUAL PENGGUNA SISTEM LATIHAN DAN FASILITI CREaTE JKR boleh diakses melalui pautan berikut :- http://www.createjkr.gov.my/manual-mylatihan/
7. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut :-
Nama | Emel | No. Telefon |
Mohd Zaidi Bin Ab. Mutalif | Mzaidi [a] jkr.gov.my | 03 – 551 2291 |
Ts. Pubalan Kuppusamy | pubalan [a] jkr.gov.my | 03 – 551 2289 |
8. Komitmen serta kerjasama Ybhg. Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dalam menjayakan program ini adalah sangat diharapkan dan dihargai.
Sekian terima kasih.
“ MALAYSIA MADANI ”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menjalankan amanah,
( Ts. PUBALAN KUPPUSAMY )
Jurutera Awam
Unit Awam ( Bangunan & Struktur )
b.p. Pengarah
Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR
Center of Excellence for Engineering and Technology ( CREaTE )
Jalan Kemus, Simpang Ampat,
78000 ALOR GAJAH, MELAKA
MALAYSIA.
No. Tel : 06 – 551 2289
Email : pubalan [a] jkr.gov.my
Views: 446
Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |