PENYERTAAN WEBINAR BAGI HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA 2021

PENCAPAIAN PRODUK INOVASI JKR MALAYSIA DI PERTANDINGAN iCOMPEX’2021
24 September 2021
TENDER PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR MAKANAN BERMASAK ISLAM KEPADA PESERTA KURSUS SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE), ALOR GAJAH, MELAKA (TAWARAN SEMULA)
6 October 2021
Show all

PENYERTAAN WEBINAR BAGI HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA 2021

Assalamualaikum

Tuan/Puan,

PENYERTAAN WEBINAR BAGI HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA 2021

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan emel pejabat ini pada 26 Ogos 2021 berkaitan dengan Pelawaan Menjadi Rakan Strategik Sempena Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara Tahun 2021 (HPTN 2021) Peringkat Kebangsaan adalah berkaitan.

2. Pihak kami kini sedang mencari rakan strategik yang berminat untuk menyertai program webinar bagi HPTN 2021. Kriteria pembentangan bagi penyertaan webinar tersebut adalah seperti berikut:

  • Perkongsian ilmu secara dalam talian;
  • Tempoh masa pembentangan adalah selama 30 minit hingga 2 jam;
  • Pelbagai bidang dan industri teknikal;
  • Kerjasama daripada pelbagai Kementerian, Agensi dan Swasta; dan
  • Pengemukaan kertas kerja kepada Urus Setia Program sebelum 10 Oktober 2021 untuk tindakan selanjutnya.

3. Untuk makluman tuan, program webinar ini akan berlangsung bermula pada 15 – 30 November 2021. Sijil penyertaan turut disediakan kepada pembentang yang terlibat. Permohonan untuk menyertai program ini boleh dibuat secara dalam talian pada pautan pendaftaran https://bit.ly/WEBINARHPTN2021 selewat-lewatnya pada 10 Oktober 2021.

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan dengan perkara yang tersebut di atas, tuan boleh menghubungi Urus Setia Program seperti butiran berikut:

Nama Emel No. Telefon
Ir. Sarina binti Ismail  sarina@jkr.gov.my 06-5512306
Hafliza binti Abdullah Fakri hafliza@jkr.gov.my 06-5512206
Mohd Shukri bin Dollah MshukriD@jkr.gov.my 06-5512215

Kerjasama daripada pihak tuan berhubung perkara di atas amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

URUSETIA WEBINAR

PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)

JKR MALAYSIA

Views: 696