PENCAPAIAN PRODUK INOVASI JKR MALAYSIA DI PERTANDINGAN iCOMPEX’2021

PEMAKLUMAN CALON BERJAYA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2021
24 September 2021
PENYERTAAN WEBINAR BAGI HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA 2021
5 October 2021
Show all

PENCAPAIAN PRODUK INOVASI JKR MALAYSIA DI PERTANDINGAN iCOMPEX’2021

JKR Malaysia telah melakar kejayaan yang membanggakan apabila berjaya memenangi  anugerah dan beberapa pingat di pertandingan National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’2021) yang berlangsung secara “virtual” pada 19 September 2021.

Unit Inovasi Kejuruteraan (UIK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menghantar sebanyak  enam (6) produk inovasi JKR ke pertandingan tersebut dan hasilnya JKR berjaya meraih satu (1) Anugerah Terbaik, tiga (3) Pingat Emas, dan tiga (3) Pingat Gangsa.

Berikut merupakan keputusan penuh pencapaian produk inovasi JKR Malaysia di iCompEx2021:

Bil. Nama Produk Inovasi Pejabat   Pencapaian
1 Sistem Laporan Observasi Pengguna Fasiliti (LAFAS) Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB) 1. Juara Anugerah Terbaik Kelas D (ICT dan Multimedia)
2. Pingat Emas
2 Sistem Pengurusan Operasi Kuarters (SP-OK) JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya Pingat Emas
3 Sistem MyCUTI BELAJAR Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) Pingat Emas
4 Plug and Play Scupper Drain (PnP Scuper) JKR Daerah Muar, Johor Pingat Gangsa
5 Universal Mud Grip Tire (UMGT) JKR Daerah Lipis, Pahang Pingat Gangsa
6 Rainbow Guide Indicator JKR Daerah Kerian, Perak Pingat Gangsa

TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua kumpulan pereka cipta serta urus setia yang terlibat.  Kejayaan ini diharap akan mendatangkan hasil yang bermanfaat untuk JKR dan menjadi pendorong serta inspirasi kepada kakitangan JKR untuk menghasilkan inovasi yang bermutu tinggi pada masa akan datang.

GAMBAR KUMPULAN DAN PRODUK INOVASI

  • Sistem Laporan Observasi Pengguna Fasiliti (LAFAS) – Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB)
  • Sistem Pengurusan Operasi Kuarters (SP-OK) – JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Sistem MyCUTI BELAJAR – Cawangan Dasar Pengurusan Korporat (CDPK)
  • Plug and Play Scupper Drain (PnP Scuper) – JKR Daerah Muar, Johor
  • Universal Mud Grip Tire (UMGT) – JKR Daerah Lipis, Pahang
  • Rainbow Guide Indicator – JKR Daerah Kerian, Perak

Views: 727