PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2023

KURSUS SIJIL KOMPETENSI KONTRAKTOR KESIHATAN (SKKK)
31 March 2023
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING 2023 (ISoF2023)
5 April 2023
Show all

PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2023

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2023

Sukacita dimaklumkan, pihak CREaTE akan melaksanakan Program Intensif Calon Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan (PEPC) JKR 2023. Program ini bertujuan memberi panduan dan bimbingan kepada Jurutera Profesional JKR untuk diiktiraf sebagai Jurutera Profesional dengan Perakuan Amalan (PEPC) dan program ini terbuka kepada Disiplin Awam, Mekanikal dan Elektrik.

Untuk makluman, jangkaan pengumuman keputusan permohonan adalah pada 12 Mei 2023. Calon yang berjaya dalam permohonan, dikehendaki untuk menghadiri taklimat program bersama BEM dan urusetia pada 8 Jun 2023.

Sehubungan dengan itu, CREaTE mempelawa semua pegawai JKR yang memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang ditetapkan, untuk menyertai program ini.

Syarat dan borang permohonan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui emel kepada KPPKL Cawangan dan di hantar ke emel: penyelaras.intensifPE [a] gmail.com selewatnya pada 14 April 2023 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari.

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA

PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2023

Emel   : penyelaras.intensifPE [a] gmail.com

Tel       : 06-5512276/2280/2291

Views: 2519