JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING 2023 (ISoF2023)

PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2023
4 April 2023
PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2023
16 May 2023
Show all

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING 2023 (ISoF2023)

[KURSUS BERBAYAR]

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING 2023 (ISoF2023)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa  Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan International Seminar On Forensic Engineering 2023 (ISoF2023) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 5 dan 6 September 2023 (Selasa dan Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Utama, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Jabatan Kerja Raya Malaysia Jalan Kemus, Simpang Ampat 78000 Alor Gajah, Melaka

3.         Program yang bertemakan “Enhancing Reliability of Forensic Engineering for Safer Society“ ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan pakar-pakar di dalam Kejuruteraan Forensik, dari dalam dan luar negara, khususnya untuk menyokong pembangunan kompetensi forensik dalam menguruskan permasalahan yang timbul akibat kegagalan sesuatu struktur atau sistem, serta memberi pendedahan kepada teknologi terkini yang boleh digunakan dalam penyiasatan forensik.

4.      Sehubungan dengan itu, CREaTE berbesar hati ingin menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri program seperti yang dinyatakan di atas.

5.         Pendaftaran peserta bagi seminar ini boleh diimbas di kod QR seperti berikut:

6.          Sebarang pertanyaan berkaitan seminar ini boleh dirujuk kepada pegawai di Makmal Penyelidikan Struktur & Konkrit, Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), CREaTE seperti berikut:

i. Puan Zainun binti Tamby 06-551 2306 / zainunt [a] jkr.gov.my
ii. Ir. Nor Azian binti Aziz 06-551 2318 / NorazianA [a] jkr.gov.my
iii. Muhammad Afiq bin Tambichik 06-551 2315 / muhdafiq [a] jkr.gov.my

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung dengan perkara di atas amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

URUSETIA SEMINAR

PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOGI JKR (CREaTE)

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

NO TEL: 06 – 551 2318 / 2321 / 2315

Views: 589