KURSUS SIJIL KOMPETENSI KONTRAKTOR KESIHATAN (SKKK)

PELAWAAN MENYERTAI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2023
15 March 2023
PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN (PEPC) JKR 2023
4 April 2023
Show all

KURSUS SIJIL KOMPETENSI KONTRAKTOR KESIHATAN (SKKK)

KURSUS SIJIL KOMPETENSI KONTRAKTOR KESIHATAN (SKKK)

Berkuatkuasa Januari 2024,  Kursus Sijil Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK) menjadi SYARAT WAJIB  bagi kontraktor Gred G7 yang ingin menyertai tender projek projek fasiliti kesihatan di bawah seliaan JKR.

Objektif kursus kompetensi kontraktor kesihatan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dalam aspek pengurusan dan pentadbiran khususnya di peringkat Pra dan Pasca Kontrak, mendedahkan kontraktor kepada isu, masalah dan ikhtibar (lesson learnt) serta menjelaskan harapan dan jangkaan Kerajaan terhadap prestasi kontraktor.

Sehubungan dengan itu, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) bersama Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB) akan menganjurkan Kursus SKKK kepada kontraktor yang berdaftar dalam Gred G7, Pengkhususan B04 & B29 dan mempunyai penarafan Score 3 bintang CIDB seperti ketetapan berikut:

                              Tarikh : 29 Mei  hingga 2 Jun 2023

                              Tempat: Dewan CREaTE(JKR), Alor Gajah Melaka

                              Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Justeru itu,  tuan/puan dari syarikat yang berkenaan dijemput untuk menyertai kursus di atas.

Tempat adalah terhad untuk 100 orang peserta sahaja.

Pendaftaran bagi sesi pertama akan dibuka pada  3 April hingga 14 April 2023.

Untuk pendaftaran kursus, sila imbas QR Code yang tertera di bawah:

https://skkk.jkr.gov.my

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi kami di:

Emel: skkk [a] jkr.gov.my

No telefon: 03-2618 9211/9283/9212

                     06-5520 2267/2211

                  

Views: 984