INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING 2023 (ISoF2023)

PEMAKLUMAN CALON BERJAYA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2023
15 September 2023
TENDER PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR MAKANAN BERMASAK ISLAM KEPADA PESERTA KURSUS SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE), ALOR GAJAH, MELAKA
21 November 2023
Show all

INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING 2023 (ISoF2023)

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) buat julung kalinya telah mengadakan International Seminar on Forensic Engineering 2023 (ISoF2023) pada 5 dan 6 September 2023 dan telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya di Dewan CREaTE, Alor Gajah, Melaka. ISoF2023 ini diadakan bertujuan untuk membudayakan ilmu dalam kalangan warga JKR sekali gus berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam kejuruteraan forensik melibatkan kesemua disiplin kejuruteraan.

Bertemakan “Enhancing Reliability of Forensic Engineering for Safer Society”, ISoF2023 tahun ini telah dihadiri kira-kira 200 orang peserta. Bersempena dengan seminar ini juga, keynote speech telah disampaikan oleh Ir. Mohd Noor Azudin bin Haji Mansor, Bekas Pengarah Kejuruteraan Pakar (Struktur), Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Jabatan Kerja Raya. Seminar yang berlangsung selama dua hari ini telah mempersembahkan sepuluh pembentangan melibatkan dua orang pembentang dari Luar Negara dan lapan orang pembentang dari Malaysia. Selain itu juga sebanyak 8 buah pempamer telah turut serta dalam seminar ini.

Turut hadir sama, pada ISoF2023 adalah Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato’ Ir. Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri, Pengarah Kanan CREaTE, YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pegawai-Pegawai Kanan JKR, para peserta seminar daripada JKR cawangan dan pemain industri.

Berikut merupakan senarai nama pembentang beserta tajuk pembentangan pada ISoF2023:

  Dato’ Ir. Dr. Gue See Sew G&P Professionals Sdn. Bhd. Tajuk : Investigation Into Failures of Bridge Approach Embankment Built on Soft Ground  
  Ir. Parnam Singh SHR Associates Tajuk : Clinical Lesson in Forensic Structural Engineering  
  Prof. Dr. Tavio Sepuluh Nopember Institute of Technology, Indonesia Tajuk : Low-Cost Biomaterial Innovation for Retrofitting House and Low Rise Building  
  Ir. Dr. Noor Nabilah binti Sarbini Universiti Teknologi Malaysia Tajuk : Prevention Through Design Approach: An Effective Way for Structural Safety Intervention
  Ir. Eliyani Yazreen binti A Rani Public Works Department of Malaysia Tajuk : Forensic Investigation of Road Accident From PWD Perspective  
  Ir. Dr. Ezzarhan bin Abdullah Department of Safety and Health Tajuk : An Overview of Forensic Engineering in the Occupational Safety and Health (OSH)  
  Dr. Muhd Norhasri bin Muhd Sidek Universiti Teknologi Mara Tajuk : The Art of Impulse Radar for Infrastructure Inspection  
  Ir. Alina binti Kamdan Public Works Department of Malaysia Tajuk: JKR Experience in Bridge Forensic Investigation and Restoration of the Structural Stability of a Pier at Sultan Yusuf Bridge  
  Ir. Ts. Mohd Azlan bin Othman   Public Works Department of Malaysia Tajuk: Forensic Electrical Engineering    
  Dr. Ignasi Cairo Witeklab, Spain and Integrated PDP Sdn Bhd Tajuk: New Advance IoT Technology to Extend the Lifetime of Constructions  

Tahniah diucapkan kepada barisan para pembentang, pempamer dan urus setia di atas penganjuran program perkongsian ilmu sebegini. Diharapkan lebih banyak lagi penyertaan daripada JKR dan pemain industri pada seminar ISoF yang yang akan datang.

Views: 473