HAK PEMILIKAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (ID) BAGI PRODUK INOVASI IR. CUT & COMPACT
5 January 2023
KOD QR BAGI E-BOOK TAKWIM PELAN OPERASI LATIHAN TAHUN 2023
13 January 2023
Show all

HAK PEMILIKAN PATEN BAGI PRODUK INOVASI V-DER

HAK PEMILIKAN PATEN BAGI PRODUK INOVASI V-DER

Sukacita dimaklumkan bahawa produk inovasi V-DER yang dihasilkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan Putrajaya telah disahkan hak pemilikan Harta Intelek di bawah kategori Paten pada 27 April 2022 oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Kumpulan pereka cipta dari JKR Wilayah Persekutuan telah mereka cipta inovasi bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan daun kering dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. V-DER direka cipta bertemakan ‘From Earth to Earth’ iaitu ‘Dari Tanah Kepada Tanah’, dimana ianya berupaya menyedut daun kering dalam kuantiti yang banyak, dan memotong daun kering tersebut sehingga halus. Seterusnya, daun kering yang halus tersebut akan disalur terus ke tangki penyediaan baja dan disembur dengan cecair pemangkin organik bagi menghasilkan baja asas kompos yang bersifat organik.

SYABAS diucapkan kepada pereka cipta V-DER:

  1. Farhani bt Mohamad;
  2. Mohd Yusnorariff bin Mohd Yunos;
  3. Ahmad Afzan bin Mohamad Bakri;
  4. Emi Azreena binti Abd Ghani;
  5. Roslina binti Hj Abdul Aziz;
  6. Mohd Athir bin Kamaruddin;
  7. Mohd Nadzrin bin Saaban;
  8. Mohd Afuan bin Amir Noordin;
  9. Noor Shamiza bt Othman; dan
  10. Mohd Faizal bin Ahmad.

Views: 449