Program Paper Bridge Competition 2017

SEMINAR GEOTEKNIK (16-17 Okt 2017)
5 October 2017
Buletin CREaTE 2017
24 October 2017
Show all

Program Paper Bridge Competition 2017

FIRST PLACE

FIRST PLACE

Program Paper Bridge Competition 2017

Program Paper Bridge Competition 2017 telah berlangsung pada 28 September 2017 di Dewan Utama CREaTE, dan menyaksikan penyertaan daripada sebelas kumpulan dengan keanggotaan daripada Pegawai Pengurusan dan Profesional, dan kakitangan pelaksana daripada pelbagai disiplin teknikal dan bukan teknikal. Pertandingan ini telah diadili oleh pengadil jemputan daripada Unit Jambatan, Cawangan Jalan iaitu Ir. Abd Rahman bin Salleh dan Ir. Atikah binti Zakaria.

Program Paper Bridge Competition 2017 bertujuan untuk mencambah kreativiti dan memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam menghasilkan ‘output’ yang terbaik di kalangan warga CREaTE melalui pembelajaran, inovasi dan penyelidikan.

Peserta telah diberikan cabaran untuk merekabentuk dan membina model sebuah jambatan 100 meter panjang dalam tempoh 90 minit dengan menggunakan 100 helai kertas A4 terpakai, scotch tape dan tali. Kriteria penilaian bagi menentukan pemenang termasuklah keupayaan struktur jambatan untuk menanggung beban sebelum gagal, kreativiti, penggunaan bahan secara efisien, dan kebolehan pasukan untuk menerangkan bagaimana struktur jambatan mengagihkan daya.

Pemenang-pemenang bagi pertandingan ini telah diumumkan semasa Program Hari Inovasi JKR 2017 dan disampaikan oleh YBhg. Ketua Pengarah Kerja Raya Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha.
Tahniah kepada pemenang-pemenang berikut:

FIRST PLACE

FIRST PLACE

 

SECOND PLACE

SECOND PLACE

 

THIRD PLACE

THIRD PLACE

Views: 982