Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |
LAWATAN KERJA JABATAN KERJA RAYA SARAWAK KE MAKMAL PENYELIDIKAN ELEKTRIK (MPE), BAHAGIAN INOVASI, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEJURUTERAAN (BIPPK), PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREATE)
Pada 20 September 2022, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah menerima kunjungan lawatan dari Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKRS) yang dihadiri oleh dua belas (12) orang pegawai yang diketuai oleh Pengarah Kerja Raya Sarawak, iaitu YBrs. Ir. Richard Anak Tajan. Rombongan JKR Sarawak telah diraikan oleh Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin (Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan (JUSA C SME)), Ir. Mohd Zaini bin Abu Hassan (Ketua Makmal Penyelidikan Elektrik) dan pegawai-pegawai dari Makmal Penyelidikan Elektrik (MPE).
Lawatan ini merupakan satu program Cawangan Elektrik JKR Sarawak untuk meneruskan kesinambungan dan jalinan teknikal bersama MPE CREaTE sejajar dengan penubuhan makmal elektrik JKR Sarawak. Secara tidak langsung, lawatan ini merupakan usaha JKRS dalam merancang dan menyediakan program inovasi, penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan elektrik berketetapan dengan strategi dan pelan tindakan di bawah Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKRS.
Taklimat mengenai CREaTE, MPE dan JKRS serta perbincangan mengenai hala tuju kedua-dua agensi berlansung di Bilik Mesyuarat Perdana dan diakhiri dengan lawatan ke makmal-makmal bagi melihat kemudahan peralatan dan pengujian yang terdapat di MPE.
Semoga lawatan kerja ini akan memberi manafaat kepada kedua-dua belah pihak dan seterusnya menyemarakkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Views: 188
Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |