PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2024

JEMPUTAN SEBAGAI PEMBENTANG KERTAS KERJA PENYELIDIKAN DI 6th. JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC) 2024
9 January 2024
SEBUTHARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN LIMA BELAS (15) UNIT MESIN FOTOSTAT DI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (CREaTE) JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA, ALOR GAJAH, MELAKA
10 January 2024
Show all

PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2024

Sukacita dimaklumkan, pihak CREaTE akan melaksanakan Program Intensif Calon Jurutera Profesional JKR 2024. Program ini bertujuan membantu lebih ramai pegawai JKR untuk diiktiraf sebagai Jurutera Profesional. Pihak CREaTE dengan kerjasama Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) telah merangka Program Intensif Calon Jurutera Profesional JKR 2024 bagi membolehkan calon-calon Jurutera Profesional dibimbing secara intensif  bagi mencapai matlamat mereka. Program ini terbuka kepada pegawai JKR di dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik.

Untuk makluman calon yang berjaya dalam permohonan, dikehendaki untuk menghadiri sesi  taklimat program bersama BEM dan urusetia pada 5 Mac 2024 di Dewan CREaTE. Selepas menyertai program sehari tersebut, calon diberi masa sebulan setengah  untuk menyiapkan draf  laporan dan membawa bersama ke bengkel pemurnian Laporan Jurutera Profesional pada 18 – 19 April 2024.

Sehubungan dengan itu, CREaTE mempelawa semua pegawai JKR yang memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang ditetapkan, di bawah seliaan YBhg. Datuk/Dato’/ Datin/Tuan/Puan yang belum diiktiraf sebagai Jurutera Profesional untuk menyertai program ini.

Syarat dan borang permohonan.

Permohonan lengkap hendaklah dikemukakan secara emel melalui KPPKL Cawangan/ Negeri selewat-lewatnya pada 24 Januari 2024 (Rabu)

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
URUS SETIA
PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2024
Emel : intensifPE2024 [a] gmail.com

Views: 158