JEMPUTAN SEBAGAI PEMBENTANG KERTAS KERJA PENYELIDIKAN DI 6th. JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC) 2024

TAKWIM PELAN OPERASI LATIHAN CREaTE TAHUN 2024
29 December 2023
PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2024
10 January 2024
Show all

JEMPUTAN SEBAGAI PEMBENTANG KERTAS KERJA PENYELIDIKAN DI 6th. JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC) 2024

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PEMBENTANG KERTAS KERJA PENYELIDIKAN DI 6th. JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC) 2024.

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 6th. JKR Research Colloquium (JKRRC) pada 13 dan 14 Ogos 2024 sebagai satu usaha untuk mempromosikan budaya penyelidikan dalam kalangan warga JKR. Program ini merupakan acara tahunan CREaTE yang mensasarkan penyertaan daripada penyelidik JKR dan rakan kolaboratif penyelidikan dari kalangan Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, dan pemain industri.

3.     Objektif utama penganjuran 6th. JKRRC ialah perkongsian dapatan kajian oleh penyelidik JKR dan rakan kolaboratif JKR, serta penyediaan platform untuk pertukaran idea dan maklumat sesama penyelidik berkaitan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan. Tema bagi 6th. JKRRC ini adalah “Sustainable Infrastructure through Innovative Research”.

4.     Justeru itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dan/atau pegawai di bawah seliaan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dijemput untuk menghantar penyertaan bagi oral presentation dan/atau poster dapatan kajian untuk dipamerkan semasa program ini berlangsung.

5.     Untuk tujuan penyertaan, penyelidik diminta untuk mengisi borang penyertaan sebagai pembentang/pempamer poster secara atas talian (google form) di https://forms.gle/QPcUD2C4GghMcTku6 atau QR kod, seperti di Lampiran B, dan mengambil maklum akan tarikh-tarikh penting seperti berikut:

Tarikh akhir mengemukakan borang penyertaan           : 9 Februari 2024 (Jumaat)
Tarikh akhir mengemukakan abstrak                              : 23 Februari 2024 (Jumaat)
Tarikh akhir mengemukakan manuskrip dan poster       : 3 Mei 2024 (Jumaat)

6.     Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan program di atas, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi urus setia program seperti di bawah:

Nama Dr. Noor Hafiza binti Nordin Nor Idayu binti Arifin Ernisha binti Abdul Karim
Emel hafizanordin@jkr.gov.my nidayu@jkr.gov.my ernisha@jkr.gov.my
No. Telefon 06-551 2372 06-551 2322 06-551 2324

Segala kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam menyokong program ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih dan salam hormat.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Views: 76