JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING 2023 (ISoF 2023): ENHANCING RELIABILITY OF FORENSIC ENGINEERING FOR SAFE SOCIETY

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM 5TH JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC 2023)
30 May 2023
SEBUTHARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN KOMPREHENSIF PERALATAN MEKANIKAL & ELEKTRIKAL PUSAT DATA DI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (CREaTE) JKR, ALOR GAJAH, MELAKA
19 June 2023
Show all

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING 2023 (ISoF 2023): ENHANCING RELIABILITY OF FORENSIC ENGINEERING FOR SAFE SOCIETY

[HEBAHAN KURSUS BERBAYAR]

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING 2023 (ISoF 2023): ENHANCING RELIABILITY OF FORENSIC ENGINEERING FOR SAFE SOCIETY

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa  Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan International Seminar on Forensic Engineering 2023 (ISoF 2023) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 5 dan 6 September 2023 (Selasa dan Rabu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Utama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Jabatan Kerja Raya Malaysia Jalan Kemus, Simpang Ampat 78000 Alor Gajah, Melaka
Sasaran Peserta : Jurutera pelbagai disiplin kejuruteraan, Ahli Akademik, Perunding, Kontraktor, Pemain Industri  
Yuran Penyertaan : Agensi Kerajaan : RM 400.00 Agensi Swasta    : RM 800.00  
Tarikh Tutup Penyertaan : 21 Julai 2023

3.         Program yang bertemakan “Enhancing Reliability of Forensic Engineering for Safer Society” ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan pakar-pakar di dalam Kejuruteraan Forensik, dari dalam dan luar negara, khususnya untuk menyokong pembangunan kompetensi forensik dalam menguruskan permasalahan yang timbul akibat kegagalan sesuatu struktur atau sistem, serta memberi pendedahan kepada teknologi terkini yang boleh digunakan dalam penyiasatan forensik.

4.      Sehubungan dengan itu, CREaTE berbesar hati ingin menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri program seperti yang dinyatakan di atas.

5.         Permohonan untuk menyertai program ini boleh dibuat secara atas talian pada pautan pendaftaran http://shorturl.at/asGIK atau imbas pada QR CODE di bawah selewat-lewatnya pada 21 Julai 2023.

6.         Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, bayaran yuran penyertaan boleh dibuat melalui salah satu kaedah berikut:

  1. Malaysia Postal Order
  2. Secara Pesanan Tempatan (Local Order)
  3. Bank draf

Bayaran hendaklah dibuat atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-MELAKA-T, nama bank : Hong Leong Islamic Bank, dan slip bayaran asal diserahkan kepada pihak urus setia seminar pada hari program berlangsung.

7. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung dengan seminar ini, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai berikut:

Nama E-mel No. Telefon
Puan Zainun binti Tamby zainunt [a] jkr.gov.my 06-551 2306
Ir. Nor Azian binti Aziz NorazianA [a] jkr.gov.my 06-551 2318

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung dengan perkara di atas amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA

INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING (ISoF 2023)

PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

NO TEL: 06 – 551 2318 / 2321 / 2315

ATUR CARA PROGRAM ISoF 2023

Views: 392