INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING

MAKLUMAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN CREaTE 2022
9 September 2021
ELECTRICAL ENGINEERING CONFERENCE (EnCon’21)
20 September 2021
Show all

INTERNATIONAL SEMINAR ON FORENSIC ENGINEERING

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program International Seminar on Forensic Engineering seperti ketetapan berikut:

Program : International Seminar on Forensic Engineering

Tarikh (Hari) : 5 – 6 Oktober 2021 (Selasa – Rabu)

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Secara dalam talian melalui FB Live CREaTE            

Kumpulan Sasaran : Pegawai Pengurusan dan Profesional serta  Pelaksana gred 29 ke atas

Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2021 

Program yang bertemakan ʻʻLeveraging the Fourth Industrial Revolution (IR 4.0) to Create Future Opportunities and Manage Challenges in Forensic Engineering ini diadakan bertujuan untuk membincangkan inovasi, cabaran dalam industri, dan peluang masa hadapan (Future Opportunities) berkaitan Kejuruteraan Forensik dengan memanfaatkan IR 4.0 seperti big data, Internet of Things, cloud computing, system integration, intelligent system, dan robotic.

Sehubungan dengan itu, CREaTE dengan berbesar hati ingin menjemput wakil daripada setiap cawangan/negeri/bahagian untuk menghadiri program seperti yang dinyatakan di atas. Peserta yang disasarkan adalah daripada kalangan Pegawai Pengurusan dan Profesional, dan Pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 29 dan ke atas daripada bidang teknikal seperti Kejuruteraan, Arkitek, Ukur Bahan dan Ukur Bangunan.

Permohonan untuk menyertai program ini boleh dibuat secara dalam talian pada pautan pendaftaran https://forms.gle/N96YCqfv5rvZsWwN8(link is external) selewat-lewatnya pada 30 September 2021.

Views: 775