PROGRAM KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JKR TAHUN 2020

JEMPUTAN KE PROGRAM SPEAKER SERIES 3
19 February 2020
JKR BIM DAY – BIM : EMPOWERING DIGITAL CONSTRUCTION
3 March 2020
Show all

PROGRAM KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JKR TAHUN 2020

PROGRAM KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JKR TAHUN 2020

Program Konvensyen KIK JKR Tahun 2020 bertujuan menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di JKR akan diadakan bermula pada tarikh iklan ini dikeluarkan seperti butiran berikut;

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga JKR dalam bentuk kumpulan sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang bagi setiap kumpulan.
  2. Semua borang penyertaan KIK daripada pejabat Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan hendaklah sampai kepada pihak urusetia iaitu Unit Inovasi Kejuruteraan, Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), CREaTE JKR selewat-lewatnya pada 31 Julai 2020
  3. Semua borang penyertaan KIK daripada pejabat Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan hendaklah sampai kepada pihak urusetia iaitu Unit Inovasi Kejuruteraan, Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), CREaTE JKR selewat-lewatnya pada 31 Julai 2020
  4. Laporan komprehensif projek hendaklah sampai kepada pihak urusetia sebelum 31 Julai 2020
  5. Setiap ahli kumpulan KIK hendaklah membaca garis panduan yang disertakan untuk keterangan lanjut berkenaan dengan keperluan penyertaan Konvensyen KIK ini.

Semua Unit Inovasi Kejur kakitangan JKR Cawangan / Bahagian / Negeri / Unit Khas dengan segala hormatnya adalah dipelawa untuk menyertai Program ini dengan mengemukakan Borang seperti di Lampiran J3 (Garis Panduan Konvensyen KIK JKR 2020) kepada pihak urusetia selewat-lewatnya pada 31 Julai 2020  melalui Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan/ Bahagian atau Negeri (KPPiC / KPPiB / KPPiN) masing-masing dan dialamatkan kepada: uteraan

Unit Inovasi Kejuruteraan

Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

Jalan Kemus, Simpang Ampat

78000 Alor Gajah, Melaka

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program KIK JKR Tahun 2020, sila hubungi:

Nama Emel No. Telefon
Chai Siok Ling csling.jkr[a]1govuc.gov.my 06-551 2269
Mohamad Fadlizuha Bin Mahat fadlizuha.jkr[a]1govuc.gov.my 06-551 2260

Sekian, terima kasih.

Muat Turun GARIS PANDUAN KONVENSYEN KIK JKR MALAYSIA 2020

Views: 1469