JEMPUTAN KE PROGRAM SPEAKER SERIES 3

Senarai Kursus bagi Pelan Operasi Latihan Tahun 2020
31 January 2020
PROGRAM KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) JKR TAHUN 2020
19 February 2020
Show all

JEMPUTAN KE PROGRAM SPEAKER SERIES 3

JEMPUTAN KE PROGRAM SPEAKER SERIES 3

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program SPEAKER SERIES 3 dengan tema “PROFESIONALISMA PEMANGKIN BUDAYA BERINOVASI” bersama penceramah jemputan berpengalaman:

  1. YBrs. Tuan Hj. Mohamed Ashaari Bin Yaakob

     Mantan Pengarah Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR

     Tajuk : Responsibility of Registered Engineer and Registered Person

     2. YBrs. Tuan Hj. Kamarul Bahrin Bin Mohamad

      Mantan Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, JKR

     Tajuk : A Culture of Creativity and Innovation in The Job, From The Perspective of Work Experience As an Engineer

     3. En. Mohd Hairuddin Bin Hamdan

      Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, CREaTE JKR

     Tajuk : Occupational Safety and Health

Akan diadakan seperti ketetapan berikut:

     Tarikh     : 22hb April 2020 ( Rabu )     

     Tempat   : Dewan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Melaka   

     Terbuka untuk semua dan penyertaan adalah TERHAD

Sehubungan dengan itu, Urus Setia program dengan berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menyertai program ini. Permohonan penyertaan sebagai peserta boleh dibuat secara atas talian  (google form) di:

https://forms.gle/aGA9jnbCGyaAJWxd9

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 13 Mac 2020.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Urus Setia SPEAKER SERIES 3 seperti berikut:

Nama   : Ir. Hj. Mohd Nadzri Bin Abu Bakar

     No. Tel : 06-551 2330   

     Email  : nadzri[a]jkr.gov.my

Nama   : En Mohd Hanif Bin Jamaludin

     No. Tel : 06-551 2336 

     Email  : mhanif[a]jkr.gov.my 

  Sekian terima kasih.

     

Views: 966