PINDAAN TARIKH PENYERTAAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2024

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN LIMA BELAS (15) UNIT MESIN FOTOSTAT DI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (CREaTE) JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA, ALOR GAJAH, MELAKA
10 January 2024
KENYATAAN TAWARAN TENDER PENYENGGARAAN KOMPREHENSIF INFRASTRUKTUR RANGKAIAN, KESELAMATAN PUSAT DATA DAN APLIKASI BAGI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)
22 January 2024
Show all

PINDAAN TARIKH PENYERTAAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2024

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Di antara objektif penganjuran Konvensyen KIK JKR ialah memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga JKR supaya dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan serta memberi peluang kepada warga JKR menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri.

Justeru itu, tuan adalah dijemput untuk menyertai Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2024 yang dijangka akan diadakan pada bulan Julai 2024. Untuk tujuan penyertaan, Kumpulan Inovatif dan Kreatif dikehendaki

i. Mengisi borang penyertaan secara dalam talian di pautan: https://forms.gle/LXyjiZPrvXMRLbNr8 atau mengimbas QR Code yang tertera di bawah selewat-lewatnya pada 31 Mei 2024 14 Jun 2024 (Jumaat); dan

ii. Mengemukakan laporan komprehensif projek serta dokumen berkaitan, sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan, kepada sekreteriat program selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024 (Jumaat).

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi sekretariat program berikut:

Sekretariat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2024
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
Jalan Kemus, Simpang Ampat
78000 Alor Gajah, Melaka
No Tel: 06-551 2269/ 2260

Kerjasama tuan dalam menyokong Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2024 amat dihargai.

Sekian, terima kasih

Views: 274