PEMAKLUMAN JADUAL SESI TEMUDUGA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2023

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2023
6 July 2023
TENDER PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR MAKANAN BERMASAK ISLAM KEPADA PESERTA KURSUS SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DENGANNYA DI PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE), ALOR GAJAH, MELAKA
8 August 2023
Show all

PEMAKLUMAN JADUAL SESI TEMUDUGA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2023

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

YBhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN JADUAL SESI TEMUDUGA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR Malaysia tahun 2023 kini berada di Peringkat Kedua iaitu Penilaian Kompetensi oleh Panel Penilai. Calon-calon yang telah mengemukakan Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal, perlu hadir ke Sesi Temuduga bagi melengkapkan proses Peringkat Kedua ini. Jadual sesi temuduga calon adalah seperti berikut:

Jadual Temuduga Calon Program Pensijilan Tahun 2023

Maklumat Penting

Calon-calon perlu membuat semakan dan peka dengan tarikh, masa dan lokasi sesi temuduga yang telah ditetapkan bagi memastikan sesi temuduga ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Berikut adalah panduan menghadiri sesi temuduga secara bersemuka untuk rujukan calon-calon:

            Panduan Menghadiri Sesi Temuduga Secara Bersemuka

Semasa sesi temuduga, Panel Penilai akan menilai kompetensi calon berdasarkan Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal yang merangkumi ketiga-tiga komponen iaitu:

  1. Pengetahuan: Pengetahuan teknikal dalam bidang berkenaan.
  2. Kemahiran: Dalam konteks pensijilan ini, kemahiran adalah kebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan teknikal dan pengurusan dalam melaksana tugasan dengan mencapai hasil yang ditentukan dalam masa dan sumber ditetapkan.
  3. Sikap: Kecenderungan untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap idea, objek, orang atau keadaan tertentu.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2023, sila hubungi:

Nama Emel No. Telefon
Ir. Jusmairomaizani binti Jusoh jusma [a] jkr.gov.my 06-551 2211
Norliana binti Md Yusof norlianamy [a] jkr.gov.my 06-551 2267

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA

PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

Emel : pensijilanjkr [a] jkr.gov.my

Views: 2719