Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
JEMPUTAN SEBAGAI PEMBENTANG KERTAS KERJA PENYELIDIKAN DI 6th. JKR RESEARCH COLLOQUIUM (JKRRC) 2024.
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 6th. JKR Research Colloquium (JKRRC) pada 13 dan 14 Ogos 2024 sebagai satu usaha untuk mempromosikan budaya penyelidikan dalam kalangan warga JKR. Program ini merupakan acara tahunan CREaTE yang mensasarkan penyertaan daripada penyelidik JKR dan rakan kolaboratif penyelidikan dari kalangan Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, dan pemain industri.
3. Objektif utama penganjuran 6th. JKRRC ialah perkongsian dapatan kajian oleh penyelidik JKR dan rakan kolaboratif JKR, serta penyediaan platform untuk pertukaran idea dan maklumat sesama penyelidik berkaitan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan. Tema bagi 6th. JKRRC ini adalah “Sustainable Infrastructure through Innovative Research”.
4. Justeru itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dan/atau pegawai di bawah seliaan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dijemput untuk menghantar penyertaan bagi oral presentation dan/atau poster dapatan kajian untuk dipamerkan semasa program ini berlangsung.
5. Untuk tujuan penyertaan, penyelidik diminta untuk mengisi borang penyertaan sebagai pembentang/pempamer poster secara atas talian (google form) di https://forms.gle/QPcUD2C4GghMcTku6 atau QR kod, seperti di Lampiran B, dan mengambil maklum akan tarikh-tarikh penting seperti berikut:
Tarikh akhir mengemukakan borang penyertaan : 9 Februari 2024 (Jumaat)
Tarikh akhir mengemukakan abstrak : 23 Februari 2024 (Jumaat)
Tarikh akhir mengemukakan manuskrip dan poster : 3 Mei 2024 (Jumaat)
6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan program di atas, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi urus setia program seperti di bawah:
Nama | Dr. Noor Hafiza binti Nordin | Nor Idayu binti Arifin | Ernisha binti Abdul Karim |
Emel | hafizanordin@jkr.gov.my | nidayu@jkr.gov.my | ernisha@jkr.gov.my |
No. Telefon | 06-551 2372 | 06-551 2322 | 06-551 2324 |
Segala kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam menyokong program ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih dan salam hormat.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Views: 83
Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |