HAK PEMILIKAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (ID) BAGI PRODUK INOVASI TONGUE & GROOVE SHAPED CONCRETE DRAIN
5 January 2023
HAK PEMILIKAN PATEN BAGI PRODUK INOVASI V-DER
5 January 2023
Show all

HAK PEMILIKAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (ID) BAGI PRODUK INOVASI IR. CUT & COMPACT

HAK PEMILIKAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN (ID) BAGI PRODUK INOVASI IR. CUT & COMPACT

Sukacita dimaklumkan bahawa produk inovasi Ir. Cut & Compact  yang dihasilkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Tampin, Negeri Sembilan telah disahkan hak pemilikan Harta Intelek di bawah kategori Reka Bentuk Industri (ID) pada 22 November 2022 oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Kumpulan pereka cipta dari JKR Daerah Tampin, Negeri Sembilan telah mereka cipta inovasi yang merupakan peralatan bagi mempermudahkan kerja-kerja pemotongan dan pemadatan untuk menampal pothole berskala kecil. Produk dengan panggilan Ir. Cut & Compact ini merupakan satu rekaan peralatan kejuruteraan yang baru bagi mengatasi masalah kerosakan mesin pemotongan jalan dan kekurangan tenaga kerja yang diperlukan sewaktu kerja-kerja penyenggaraan jalan. Pemotongan ‘perimeter’ bersegi pada pothole dan pemadatan premix di jalan-jalan seliaan JKR dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan tanpa penggunaan peralatan berjentera.

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada pereka cipta Ir. Cut & Compact:

  1. Ir. Khairul Azmeel bin Mohd Sopery;
  2. Muhamad Affendi bin Abd Hafiz;
  3. Nur Asnida binti Mohd Aris;
  4. Shahrizan bin Rifal
  5. Md Jeffri Bin Ismail
  6. Anuar bin Baharum;
  7. Mohd Nazri bin Mustafa; dan
  8. Mohd Shahrul Haiydri bin Abdul Rahim.

Views: 438