Seminar Isu Semasa dan Amalan Terbaik (ISAT) dalam Pengurusan Kontrak Pembinaan

KURSUS EFFECTIVE PRESENTATIONS SKILLS PADA 15 – 16 OGOS 2018 DI CREaTE, JKR
1 August 2018
INTERNATIONAL INVENTION INNOVATION COMPETITION IN CANADA (iCAN 2018)
2 August 2018
Show all

Seminar Isu Semasa dan Amalan Terbaik (ISAT) dalam Pengurusan Kontrak Pembinaan

Seminar Isu Semasa dan Amalan Terbaik (ISAT) dalam Pengurusan Kontrak Pembinaan anjuran Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) dengan kerjasama UTMSPACE telah berlangsung pada 24-25 Julai 2018 bertempat di Dewan Utama, Pusat KecemerIangan Kejuruteraan & Teknologi (CREaTE), Melaka.

Objektif pelaksanaan seminar iaitu sebagai platform dan wadah bagi perkongsian isu semasa dalam pengurusan Kontrak pembinaan, serta mengetengahkan amalan terbaik dalam usaha mencapai perlaksanaan projek yang Berjaya. Seminar ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan pembudayaan ilmu yang menyumbang kepada pembangunan kemahiran insaniah dan teknikal dalam lima (5) bidang utama kejuruteraan Awam, Mekanikal, elektrikal, Arkitek dan Jurukur bahan.

Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, telah berbesar hati untuk merasmikan seminar ini yang dihadiri oleh kakitangan Jabatan Kerja Raya, kader, Majlis Perbandaran, Kontraktor, Perunding, Pensyarah dan pelajar yang terlibat dalam industri pembinaan dengan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai lebih kurang 230 orang.

Sebanyak 3 ucaptama yang dibentangkan pada seminar ini yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Sr Amran bin Mohd Majid, Pengarah Dasar dan Kontrak (Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan) JKR, Sr. Dr. Mohd Mazlan Bin Che Mat (MCM Associates Sdn. Bhd.) dan Prof. Madya Sr Dr. Zakaria bin Mohd Yusof (Pengarah Pendidikan Berterusan, UTMSPACE).

3 Forum diadakan sebagai platform yang sesuai untuk berkongsi  pengalaman, kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para penceramah, moderator dan ahli panel seminar. Para peserta berpeluang berinteraksi bersama ahli panel dengan bertanya dan bertukar pendapat, idea serta mendapatkan khidmat nasihat berkenaan isu semasa dan amalan terbaik pengurusan kontrak.

Berikut adalah senarai ucaptama yang dibentangkan oleh pembentang:

Ucaptama 1Permasalahan & Cabaran dalam Pentadbiran dan Pemantauan Projek – Pra Kontrak

Ucaptama 2Permasalahan & Cabaran dalam Pentadbiran Pasca – Kontrak dan Pemantauan Kontrak

Ucaptama 3Pembudayaan Ilmu di kalangan Pihak Berkepentingan dalam Industri Binaan

Semua kertas kerja pembentangan boleh dimuat turun dari https://seminar.utmspace.edu.my/isat2018/slide.html

 

Barisan moderator dan ahli panel adalah seperti berikut:

Forum 1: Permasalahan & Cabaran dalam Pentadbiran dan Pemantauan

Projek – Pra Kontrak

Moderator:

Sr Mohd Zaid bin  Zakaria

Pengurus Besar, Bahagian Bisnes & Antarabangsa, CIDB

Ahli Panel:

  1. Sr Amran bin Mohd Majid

Pengarah Dasar dan Kontrak, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, JKR

  1. Ar. Azman Md. Hashim

Arkitek Penguasa Kanan,

Pasukan Projek Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)

 

Forum 2: Permasalahan & Cabaran dalam Pentadbiran Pasca – Kontrak dan Pemantauan Kontrak

Moderator:

Ir Dr. Hannerita bt Mohd Zainal

Ketua Bahagian Audit & Integriti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, JKR

Ahli Panel:

  1. Michelle Sunita Kummar

Wakil Pengarah Urusan, Sundra Rajoo Arbitration Chambers Sdn Bhd

  1. YBhg. Dato’ Sr Ahmad Zainuddin bin Jamaluddin,

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Lembaga Pengarah KTMB

 

Forum 3: Pembudayaan Ilmu di kalangan Pihak Berkepentingan dalam Industri Binaan

Moderator:

Sr Dr. Khairil Hizar bin Md Khuzaimah

Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR

Ahli Panel:

  1. 1. Tuan Roslan Tuan Mat

Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

  1. 2. Prof. Madya Sr Dr. Zakaria bin Mohd Yusof

Pengarah Pendidikan Berterusan, UTMSPACE

Seminar diakhiri dengan “Technology Showcase” dari Integrated Project Information Management Sdn. Bhd. (IPIM) yang disampaikan oleh Sr Sharifah Noraini Noreen Syed Ibrahim Al-Jamalullail, BIM Director.

Semoga Seminar Isu Semasa dan Amalan Terbaik (ISAT) dalam Pengurusan Kontrak Pembinaan terus menjadi sumber galakan kepada semua pemain industri negara agar lebih bersedia menghadapi cabaran masa kini khususnya dalam Industri Pembinaan.

Views: 1490