Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |
PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2023
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2023
Sukacita dimaklumkan, pihak CREaTE akan melaksanakan Program Intensif Calon Jurutera Profesional JKR 2023. Program ini bertujuan membantu lebih ramai pegawai JKR untuk diiktiraf sebagai Jurutera Profesional. Pihak CREaTE dengan kerjasama Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) telah merangka Program Intensif Calon Jurutera Profesional JKR 2023 bagi membolehkan calon-calon Jurutera Profesional dibimbing secara intensif bagi mencapai matlamat mereka. Program ini terbuka kepada pegawai JKR di dalam bidang kejuruteraan awam khususnya.
Untuk makluman, jangkaan pengumuman keputusan permohonan adalah pada
23 Februari 2023. Calon yang berjaya dalam permohonan, dikehendaki untuk menghadiri taklimat program bersama BEM dan urusetia pada 1 Mac 2023. Selepas menyertai program sehari tersebut, calon diminta untuk menyiapkan draf laporan dan membawa bersama ke bengkel pemurnian Laporan Jurutera Profesioanal pada 28 – 29 Mac 2023.
Sehubungan dengan itu, CREaTE mempelawa semua pegawai JKR yang memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang ditetapkan, di bawah seliaan YBhg. Datuk/Dato’/ Datin/Tuan/Puan yang belum diiktiraf sebagai Jurutera Profesional untuk menyertai program ini.
Untuk malumat lanjut, sila imbas “QR Code” yang telah disediakan di dalam poster di atas. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Februari 2023 (Selasa), jam 12.00 tengah hari.
Sekian, terima kasih.
URUS SETIA
PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2023
Emel : penyelaras.intensifPE [a] gmail.com
Views: 2868
Bidang | : | |
Kompetensi | : | |
Anjuran | : | |
Peruntukan | : | |
Tarikh Mula | : | |
Tarikh Akhir | : | |
Jumlah Cadangan Peserta | : | |
Lokasi | : | |
Kumpulan Sasaran | : | |
Tahap | : | |
Penyelaras 1 | : | |
Penyelaras 2 | : | |
Makan Malam | : | |
Penginapan | : |