KEJAYAAN CREaTE MEMENANGI AWARD GOLD DI Conference Projek Kolaborasi JKR – UiTM

PROGRAM SPEAKER SERIES 2: TECHNICAL EXCELLENCE
24 Oktober 2019
Sebutharga- Membekal dan Menghantar Dynamic Shear Rheometer (DSR) Di Makmal Penyelidikan Jalan, CREaTE (Tawaran Semula)
24 Oktober 2019
Show all

KEJAYAAN CREaTE MEMENANGI AWARD GOLD DI Conference Projek Kolaborasi JKR – UiTM

The International Automation and Control Enhancing Innovation Competition (ACEiC) 2019 telah berlangsung pada 14 hingga 15 Oktober 2019 bertempat di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Selangor.

Pertandingan tersebut telah disertai oleh pelajar pasca-siswazah dan juga mahasiswa dari universiti-universiti antarabangsa dan juga tempatan di bawah bimbingan pensyarah. Sesuai dengan tema pertandingan iaitu “Embracing the Change of Industry Revolution (I.R) 4.0“ Objektif  utama pertandingan adalah untuk merapatkan jurang ilmu pengetahuan dan kepakaran di antara pihak universiti dan juga industri yang berfokus kepada sistem automasi dan kawalan industri.

Majlis pembukaan disempurnakan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan UNITEN, Prof. Ir. Dr. Izham Bin Datuk Zainal Abidin dengan ucapan pembukaan oleh Ir. Amir Farid Abdul Majid, Naib Pengerusi Rangkaian IET Malaysia.

Produk Penyelidikan Inovasi bertajuk “Enhanced Volt-Var Optimization via Artificial Intelligence for Energy Efficiency Improvement in a Large-Scale Building” yang dihasilkan melalui kerjasama Projek Kolaborasi JKR – UiTM dibawah seliaan Pusat Kecemerlangan dan Teknologi Nasional JKR (CREaTE) telah berjaya merangkul Anugerah Emas di dalam pertandingan tersebut.

Pasukan Ahli Projek di pihak JKR terdiri daripada Ir. Mat Nasir Bin Kari, Ir Zilaila Binti Hj. Zakaria dan Mohd Ainor Bin Yahya.  Pasukan Ahli projek UiTM terdiri daripada Profesor Madya Dr. Muhammad Murtadha Bin Othman dan Mohd Latip Bin Fuad dengan seliaan oleh Makmal Penyelidikan Elektrik (MPE), Bahagian Inovasi Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), CREaTE.

 Melalui penggunaan konsep teknologi terkini berasaskan “Artificial Intelligence” untuk mencari nilai dan lokasi optimum bagi kapasitor dan pengatur voltan, produk inovasi ini berjaya mencapai penjimatan tenaga yang tinggi di dalam sistem elektrik sebuah bangunan besar.

Tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya di dalam pertandingan ACEiC 2019.

Views: 927