PEMAKLUMAN JADUAL SESI TEMUDUGA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2021

PROGRAM ROADSHOW MODEL KOMPETENSI INOVASI JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA TAHUN 2021
13 August 2021
MAKLUMAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN CREaTE 2021
9 September 2021
Show all

PEMAKLUMAN JADUAL SESI TEMUDUGA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2021

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN JADUAL SESI TEMUDUGA PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR Malaysia tahun 2021 kini berada di Peringkat Kedua iaitu Penilaian Kompetensi oleh Panel Penilai. Calon-calon yang telah mengemukakan Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal, perlu hadir ke Sesi Temuduga bagi melengkapkan proses Peringkat Kedua ini. Jadual sesi temuduga calon adalah seperti berikut:

Jadual Temuduga Calon Program Pensijilan Tahun 2021

Maklumat Penting
Calon-calon perlu membuat semakan dan peka dengan tarikh, masa dan lokasi (secara atas talian atau bersemuka) sesi temuduga yang telah ditetapkan bagi memastikan sesi temuduga ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Berikut adalah panduan menghadiri sesi temuduga secara atas talian dan bersemuka untuk rujukan calon-calon:

Semasa sesi temuduga, Panel Penilai akan menilai kompetensi calon berdasarkan Laporan Pengalaman dan Laporan Teknikal yang merangkumi ketiga-tiga komponen iaitu:

  1. Pengetahuan: Pengetahuan teknikal dalam bidang berkenaan.
  2. Kemahiran: Dalam konteks pensijilan ini, kemahiran adalah kebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan teknikal dan pengurusan dalam melaksana tugasan dengan mencapai hasil yang ditentukan dalam masa dan sumber ditetapkan.
  3. Sikap: Kecenderungan untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap idea, objek, orang atau keadaan tertentu.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya Malaysia tahun 2021, sila hubungi:

Nama Emel No. Telefon
Ir. Ahmad Ridzauddin Bin Ibrahim ridzauddin@jkr.gov.my 06-551 2207
Marliana Mohamed marlianamd@jkr.gov.my 06-551 2295

Sekian, terima kasih.


URUS SETIA
PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Emel : pensijilanjkr@jkr.gov.my

Views: 1301