“Seminar on Cement and Concrete Applications- Road”

PROGRAM PENSIJILAN JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2018
31 May 2018
Buletin Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) 2018
13 June 2018
Show all

“Seminar on Cement and Concrete Applications- Road”

Sukacita dimaklumkan bahawa Cement & Concrete Association (C&CA) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR  (CREaTE) dan CIDB Malaysia akan menganjurkan “Seminar on Cement and Concrete Applications- Road” sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh         :   1-2 Ogos 2018

Masa           :   8:30 pagi – 5.00 petang

Tempat       :   Dewan CREaTE, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR        (CREaTE)

Jalan Kemus, Simpang Ampat

78000 Alor Gajah

Melaka.

(Koordinat : 2.453186 , 102.205752)

Untuk makluman Ybhg. Dato’ / Datin / Dr. / Ir. /Tuan / Puan, seminar ini diadakan untuk memberikan pendedahan terbaik kepada semua pihak mengenai kelebihan turapan konkrit kepada negara terutamanya dalam aspek penjimatan kos ke atas operasi penyelenggaraan sehingga 20-50 tahun. Seminar selama 2 hari ini akan menghimpunkan pakar-pakar dalam bidang masing-masing untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka mengenai penggunaan simen dan konkrit dalam pembinaan sesebuah jalanraya. Selain itu, seminar ini juga akan memberikan fokus terhadap keupayaan,kelestarian dan kos penyelengaraan turapan konkrit yang minina, selain menggalakan lebih banyak pembinaan jalan konkrit di Malaysia.

Seminar ini terbuka kepada semua yang berminat dari pelbagai bidang samada perunding, kontraktor serta kakitangan awam dan swasta. Untuk makluman, bayaran pendaftaran akan dikenakan kepada semua peserta.

Sehubungan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput  Ybhg. Dato’ / Datin / Dr. / Ir. /Tuan / Puan dan warga organisasi menyertai seminar ini.

Untuk sebarang pertanyaan, Ybhg. Dato’ / Datin / Dr. / Ir. /Tuan / Puan boleh berhubung dengan Cement & Concrete Association ( C&CA) di talian seperti berikut:

  1. Annie Tel : 03-74921368
  2. Nelson Tel : 03-7806499

Email: annie@cnca.com.my  / admin@cnca.com.my

 

Kerjasama dan perhatian Ybhg. Dato’ / Datin / Dr. / Ir. /Tuan / Puan untuk perkara di atas amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Views: 924