SALAM PERSARAAN ENCIK NAZLIM BIN ABU, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, MAKMAL PENYELIDIKAN JALAN, BIPPK CREaTE

PEMAKLUMAN CALON YANG BERJAYA MENYERTAI PROGRAM INTENSIF CALON JURUTERA PROFESIONAL JKR 2023
21 February 2023
PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM PENSIJILAN KOMPETENSI TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA TAHUN 2023
1 March 2023
Show all

SALAM PERSARAAN ENCIK NAZLIM BIN ABU, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, MAKMAL PENYELIDIKAN JALAN, BIPPK CREaTE

SALAM PERSARAAN ENCIK NAZLIM BIN ABU, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, MAKMAL PENYELIDIKAN JALAN, BIPPK CREaTE

Seluruh warga CREaTE mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ENCIK NAZLIM BIN ABU yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 14 FEBRUARI 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Jurutera Awam bertempat di Pejabat Jurutera Daerah JKR Sepang pada 1 Jun 1984. Beliau telah berkhidmat lebih 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1984-1999: Penolong Jurutera Awam, Pejabat Jurutera Daerah JKR Sepang
  2. Tahun 1999-2003: Jurutera Awam (J41), Unit Kejuruteraan Awam D (Projek Pendidikan) Cawangan Struktur dan Kejuruteraan Pakar, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  3. Tahun 2003-2004: Jurutera Awam (J41), Unit Sivil dan Struktur Cawangan Kerja Pendidikan Ibu Pejabat JKR Malaysia
  4. Tahun 2004-2012: Jurutera Awam (J41- J48), JKR Wilayah Persekutuan Labuan
  5. Tahun 2012-2016: Jurutera Awam Kanan (J48), Jurutera Dearah JKR Langkawi Kedah
  6. Tahun 2016-2018: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur dan Maritim, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  7. Tahun 2018-2020: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Dasar Pengurusan Korporat Ibu Pejabat JKR Malaysia
  8. Tahun 2020-2023: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pembentangan kertas kerja bertajuk Warm Mix Asphalt peringkat CREaTE pada 26 November 2020;
  2. Sumbangan manuskrip bertajuk Warm Mix Asphalt: Malaysian Experience untuk proceeding 3rd JKR Research Colloquium 2021;
  3. Pembentangan kertas kerja bertajuk Warm Mix Asphalt: Malaysia experince di 3rd JKR Research Colloquium 2021;
  4. Sumbangan manuskrip bertajuk The Determination of Compaction Tempertaure of Synthetic Hard Wax Base Mix Asphalt Pavement untuk proceeding 11th Malaysian Road Conference (MRC) 2022 and International Road Federation (IRF) Asia Pacific Regional Congress;
  5. Pembentangan Kertas Kajian bertajuk The Determination of Compaction Temperture of Synthetic Hard Wax Base Mix Asphalt Pavement di 11th Malaysian Road Conference (MRC) 2022 and International Road Federation (IRF) Asia Pacific Regional Congress;
  6. Ahli Tetap Jawatankuasa Bersama Kelulusan Produk Jalan (JKR & LLM).
  7. Ahli Jawatankuasa spesifikasi Foamed Concrete. 
  8. Ahli Jawatankuasa Model Kompetensi Pembangunan dan Penyelidikan.

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Koperasi Kakitangan Kerajaan Selangor & Wilayah Persekutuan;
  2. Ahli CREaTE Sport & Sosial Club
  3. Ahli Koperasi Pembangunan Daerah Sepang

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada CREaTE dan JKR khususnya dan negara amnya. Semoga ENCIK NAZLIM BIN ABU dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

“BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG”

Views: 166