PROMOSI PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN DI PUSAT SUMBER PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)

PAPER BRIDGE COMPETITION 2017
12 September 2017
HARI INOVASI 2017, CATALYST FOR SUSTAINABILITY
2 October 2017
Show all

PROMOSI PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN DI PUSAT SUMBER PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI JKR (CREaTE)

Pusat Sumber CREaTE telah menyediakan perkhidmatan dan kemudahan bahan bacaan khususnya kepada warga CREaTE serta peserta-peserta kursus. Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan seperti berikut:

Koleksi Bahan Bacaan:

  • Koleksi Bacaan Umum
  • Koleksi Rujukan
  • Koleksi Terbitan JKR
  • Koleksi Terbitan Bersiri
  • Koleksi Majalah Tempatan & Luar Negara Terkini
  • Koleksi Surat Khabar Tempatan Terkini
  • Koleksi Bahan Audio Visual
  • Koleksi Pempakejan Maklumat Keratan Akhbar

Perkhidmatan:

  • Perkhidmatan Peminjaman buku
    (5 jenis bahan boleh dipinjam dalam tempoh empat (4) minggu kecuali bahan rujukan seperti tesis tidak boleh dipinjam dan hanya boleh dirujuk di Pusat Sumber sahaja)
  • Perkhidmatan Pertanyaan/Rujukan
  • Perkhidmatan Zon Siber untuk penggunaan internet
    (6 unit komputer disediakan untuk pengguna)
  • Perkhidmatan Percetakan & Fotokopi
  • Perkhidmatan mendapatkan nombor International Standard Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN) & nombor terbitan JKR untuk penerbitan jabatan
  • Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
    (Pinjaman bahan antara Perpustakaan)

Kemudahan:

  • Kemudahan Ruang Santai “Coffee Corner” untuk pengguna minum sambil membaca
  • Kemudahan Bilik Perbincangan yang boleh memuatkan seramai lapan (8) orang pengguna
  • Kemudahan Meja Bacaan yang selesa untuk pengguna (Individu/Kumpulan)
  • Kemudahan ruang santai untuk membaca
  • Kemudahan ruang pameran buku-buku baru
  • Kemudahan Sudut Informasi Semasa
  • Kemudahan Bank Buku untuk sumbangan bahan bacaan kepada Pusat Sumber CREaTE

Pusat Sumber CREaTE turut melanggan secara bulanan Majalah Tempatan dan Majalah Luar Negara Terkini serta Surat Khabar Tempatan Terkini setiap hari khususnya kepada warga CREaTE serta peserta-peserta kursus. Antara bahan bacaan yang disediakan adalah seperti berikut:

Majalah Tempatan:

  • Al Islam
  • Solusi
  • Dewan Masyarakat
  • Keluarga
  • Impiana
  • Saji
  • Wanita
  • PC.Com

Majalah Luar Negara:

  • Reader’s Digest
  • Fortune
  • National Geographic
  • Time
  • Technology Review
  • Architectural Digest

Surat Khabar Tempatan:

  • Berita Harian
  • Utusan Malaysia
  • Kosmo
  • Harian Metro
  • Sinar Harian
  • New Straits Times
  • The Star

#BangsaMembacaBangsaBerjaya
#JomBaca!
#SinggahSantai@PusatSumberCREaTE

Anda dijemput untuk berkunjung ke Pusat Sumber@CREaTE bagi menggunakan perkhidmatan yang disediakan!

Untuk melihat gambar-gambar lain di Pusat Sumber CREaTE, sila ke Galeri pada Laman Portal CREaTE di bawah album Pusat Sumber CREaTE.

Views: 1290